web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbabit Sindiket Penipuan Sarung Tangan, Wanita Direman Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 5:55PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai terbabit penipuan pembelian sarung tangan membabitkan kerugian lebih RM1 juta ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ditahan susulan beberapa laporan polis yang diterima.

"Sindiket ini dipercayai bermula awal Januari tahun lalu apabila seorang ahli perniagaan wanita warga Vietnam berurusan dengan suspek yang kononnya dapat membekalkan sarung tangan sebanyak 720 tan untuk dijual semula mangsa di Vietnam.

"Mangsa sudah membuat pembayaran sebanyak 50 peratus iaitu bersamaan AS$301,757.20 (RM1,292,124.33) ke dalam akaun yang diberi oleh wanita itu.

“Namun selepas bayaran dibuat, suspek gagal menghantar sebarang sarung tangan dengan alasan kos penghantaran yang tinggi,” katanya hari ini.

Menurut beliau, suspek yang berusia 50 tahun ditahan di rumahnya di Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan kerana beberapa laporan polis yang diterima berkaitan kes sama terhadapnya.

“Dia direman sehari dan kes disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. - Getaran 18 Jun 2022.




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad