web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi Mencari Ali Imran Diteruskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 1:31PM

Ali Imran Naseruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha pencarian remaja lelaki yang hilang sejak dua hari lalu masih diteruskan, bersama harapan menggunung seisi keluarga.

Ali Imran Naseruddin, 16, disahkan hilang dari rumahnya di Bandar Bukit Puchong 2, sekitar jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ibunya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad, ketua di jabatan komunikasi korporat berkata, beliau sekeluarga bergegas ke Keramat malam tadi sekitar jam 9.30 malam sebaik diberitahu anaknya berada di sana.

“Lebih 50 jam berlalu, Ali Imran masih belum ditemui. Kami terima maklumat orang ramai yg mengatakan mereka ternampak Ali di KL khususnya di kawasan Keramat.  

“Kami bergegas ke sana hingga lewat pagi, tetapi tiada penemuan. Kami cuma mampu edarkan poster dan maklumat kehilangan Ali,” katanya, seperti dipetik menerusi hantaran di Facebook pagi tadi.

Menurut beliau, mereka seisi keluarga yakin remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat dengan iringan doa semua pihak.

“Ali, jika Ali terbaca posting ini, ketahuilah yang Mama, Babah dan Kakak sedang menunggu kepulangan sayang. Mama, Babah, Kakak sentiasa menyayangi Ali sepenuh hati dan kami sokong Ali. Pulanglah. Sesungguhnya, kami amat menyayangi Ali untuk selama-lamanya,” katanya.

Bekas wartawan yang lebih dikenali sebagai Wan Es  itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan, termasuk atas segala doa dan solat hajat yang didirikan. 

“Kepada semua, tiada kata dapat menggambarkan rasa penghargaan kami di atas segala doa, solat hajat, sokongan dan bantuan yg diberikan. 

“Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan sekerja kerana tidak putus-putus mendoakan dan memberi sokongan,” katanya.

Wan Es berkata, mereka sekeluarga reda dengan insiden tersebut yang disifatkan sebagai ujian Allah SWT.

“Kami reda atas ujian Allah ini. Kami harap doa yang berterusan dari semua sehingga Ali pulang kepada kami,” katanya, mewakili suami, Naseruddin dan anak sulung mereka dikenali sebagai Alya.

Ali Imran kali akhir dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pondok pengawal keselamatan pada jam 4 pagi, 16 Jun lalu, dengan berpakaian serba hitam dan membawa bersama sebuah beg kecil berwarna biru gelap.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi 019 221 6483 (Wan Esuriyanti) atau 011 3177 0502 (Naseruddin). - Getaran, 18 Jun 2022 




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad