Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasib Tidak Terbela, Veteran ATM Janji Terus Perjuang 3 Tuntutan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 12:02PM

Perhimpunan aman yang disertai kira-kira 1,500 pesara di Tugu Negara baru-baru ini akan diteruskan ke beberapa negeri iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan. - Gambar dari twitter @ZareenH_s

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan dalam menuntut hak veteran tentera akan diteruskan sehingga nasib dan kebajikan golongan itu terbela, tegas Penasihat Undang-Undang Majlis Reunion Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar.

Beliau berkata, tiga tuntutan utama pihaknya, iaitu penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran tidak berpencen dan ruang pengampunan kepada bekas tentera supaya dapat diiktiraf sebagai veteran, akan terus diperjuangkan.

Menurutnya, momentum daripada perhimpunan aman disertai kira-kira 1,500 pesara tentera di Tugu Negara di sini, baru-baru ini juga akan diteruskan di beberapa negeri, iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan.

“Kita bukan hendak minta tentera dapat kemudahan (sehingga) menjadi lemah tetapi pada saya, kalau ini tidak dijaga, tiada siapa akan masuk ATM nanti apabila ekonomi kita kembali pulih. Orang nampak kerjaya ketenteraan seolah-olah tiada masa depan.

“Sudah lapan tahun kita menuntut perkara terbabit dan selama tempoh itu kita buat pendekatan lembut (soft approach). Sekarang, kita buat (perhimpunan aman) ini bukan demonstrasi, (tetapi) kita buat untuk menerangkan kepada veteran yang tidak faham apa hak kita sebenarnya.

“Anda boleh tengok dalam perhimpunan itu atau wawancara di televisyen atau internet, adakah saya kata kita cakap hendak tentang kerajaan? Tiada. Kita cakap untuk menerangkan hak kita. Tiada sedikit pun kita hendak menentang kerajaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mior Rosli berkata, perhimpunan aman tersebut bertujuan untuk membuka mata rakyat, ahli politik dan pegawai atasan tentera berhubung kesusahan golongan veteran ATM.

Beliau menjelaskan, pihaknya hanya meminta pencen veteran tentera diselaraskan mengikut undang-undang.

Tegasnya, jika tentera yang sedang berkhidmat dalam pasukan itu menerima peningkatan gaji, pencen golongan veteran juga mesti diselaraskan.

“Selepas perhimpunan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kata hal pencen ini bukan satu kementerian sahaja, (tetapi) kementerian lain-lain juga, namun dia tidak sebut kementerian mana.

“Katakanlah dia sebut Kementerian Kewangan, saya hendak bertanya balik, sejak kita dengar belanjawan, pernah tak dengar belanjawan khusus untuk bayar orang pencen? Memang tiada.

“Sebab kita ada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Duit KWAP itu datang dari mana? Duit KWAP itu datang dari dana lain tetapi setiap orang berpencen, duit kita masuk dalam KWAP. Apabila masuk dalam KWAP, ini adalah simpanan hidup kita,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, golongan veteran tentera tidak menerima pencen perlu dipertimbangkan mendapat pembayaran tersebut memandangkan syarat ketika ini menetapkan, hanya mereka yang berkhidmat mencukupi 21 tahun layak memperolehnya.

Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan perkhidmatan awam biasa di bawah Akta Pencen 1980 yang mengatakan bahawa seseorang penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun, boleh memohon untuk pencen awal dan mendapat pencen sekiranya dipaksa berhenti.

“Tetapi tentera tidak ada. Kita pergi perang masuk hutan semua, anda tidak cukup 21 tahun anda tidak dapat pencen dan untuk mendapat sampai 21 tahun, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun anda umpama masuk askar semula, iaitu terpaksa menjalankan pemeriksaan kesihatan, melihat kursus dan baru diluluskan pegawai pemerintah.

“Sambungan perkhidmatan untuk 15 tahun ke 18 tahun juga proses sama dan kalau anda ‘medically unfit’ (tidak sihat dari segi perubatan), anda tidak boleh sambung. Bukan mudah begini untuk sambung. Hendak tunggu 21 tahun baru dapat pencen,” katanya.

Beliau berpendapat, perkara itu tidak adil memandangkan anggota lain-lain pangkat (LLP) adalah tenaga muda yang dikerahkan, termasuk memasuki hutan dan terlibat perang, namun apabila tidak disambung, mereka tidak mendapat pencen.

“Ini umpama jasa mereka tiada langsung,” katanya.

Sementara itu, jelas Mior Rosli, bekas anggota tentera yang tidak diiktiraf sebagai veteran kerana melakukan kesalahan tertentu, wajar diampunkan bagi membolehkan golongan terbabit memperoleh hak seperti veteran lain.

Beliau berkata, kesalahan dilakukan anggota tentera kebanyakannya adalah kecil, namun memandangkan tentera adalah sebuah ketumbukan yang menitikberatkan disiplin, tindakan diambil terhadap mereka di bawah Akta Veteran 2012.

“Apabila diberhentikan, Akta Veteran 2012 mengatakan sesiapa yang diberhentikan di bawah disiplin tidak diiktirafkan sebagai veteran. Apabila mereka tidak diiktirafkan sebagai veteran, mereka ini tidak layak untuk mendapat apa-apa bantuan kepada kerajaan, termasuk anak dan isteri. Bayangkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh melihat sekiranya terdapat anggota tentera yang terpaksa tidur di bawah jambatan, kebun getah, pondok buruk dan kaki lima.

“Kenapa veteran boleh jadi begini. Kalau di luar negara, di Amerika Syarikat, mereka tidak boleh dilihat sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Patriot Kebangsaan, Kapten (Bersara) Dr Wong Ang Peng berkata, langkah veteran mengadakan perhimpunan aman adalah sebagai usaha menyuarakan isu dan tuntutan mereka yang berlarutan sejak sekian lama.

Beliau melahirkan rasa simpati terhadap veteran tersebut, terutama mereka yang bersara sebelum 2003, susulan skala bayarannya rendah.

“Banyak askar ini berhenti selepas 21 tahun berkhidmat dan menyabung nyawanya untuk mempertahankan negara, tetapi tidak diberi ganjaran yang baik.

“Mereka ini susah dan ramai antara mereka adalah kumpulan berpendapatan rendah (B40), tidak senang. Maka itu adalah kebimbangan mereka. Veteran ini tidak boleh dibandingkan dengan penjawat awam lain, mereka adalah berbeza,” katanya.

Dalam soal ini, katanya, Hishammuddin perlu memainkan peranan bagi memanjangkan suara dan kebimbangan veteran tentera ke peringkat seterusnya, seperti Jemaah Menteri. - Getaran, 18 Jun 2022

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Singapura 2 jam yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

Luar Negara 18 jam yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Semasa 1 hari yang lalu

Perselisihan Faham Punca Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol - Polis