web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Tidak Duduki SPM Hanya 10,681, Bukan 24,941 Seperti Dimaklum KPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 8:17AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang tidak hadir menduduki peperiksaan itu walaupun sudah berdaftar adalah hanya seramai 10,681 orang, bukan hampir 25,000 seperti dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut Lembaga Peperiksaan menerusi kenyataan, seramai 9,037 atau 2.30 peratus daripada calon tidak hadir itu terdiri daripada calon sekolah di bawah KPM, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta dan sekolah menengah agama rakyat.

Katanya, manakala 1,644 atau 0.42 peratus adalah calon persendirian.

“Lembaga Peperiksaan berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2021 semalam berkata, terdapat 24,941 calon peperiksaan itu tidak mendudukinya daripada 407,097 calon berdaftar.

Justeru, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM akan menjalankan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar itu tidak menduduki SPM.

Malah, beliau berkata, majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaan itu adalah calon persendirian.

“Kita (KPM) sedang menganalisis data dan akan meneliti trend tahun-tahun sebelum ini. Jika ada peningkatan, kita akan ambil pendekatan untuk elak berulang di masa akan datang.

“Punca perlu dikenal pasti memandangkan kohort SPM 2021 adalah paling terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di sini sempena pengumuman keputusan SPM semalam.

Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, bagi tujuan analisis keputusan SPM 2021, hanya 392,837 daripada 407,097 calon berdaftar diambil kira.

Jelasnya, 392,837 calon itu adalah mereka yang mendaftar kali pertama dengan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Daripada jumlah tersebut, katanya, seramai 382,156 atau 97.28 peratus calon sekolah dan calon persendirian hadir menduduki peperiksaan. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Batal Keputusan Sejarah SPM 15 Pelajar, KPM Hormati Keputusan Lembaga Peperiksaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar