web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nafi Wujud Konspirasi Jatuhkan Siti Bainun Kerana Cemburu - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 8:28PM

Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini menafikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Siti Bainun Ahd Razali kerana cemburu dengan kehidupan pengasas Rumah Bonda itu yang lebih baik.

Suhana Zam, 40, yang juga saksi pendakwaan kelapan tidak bersetuju dengan cadangan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor ketika disoal balas pada perbicaraan kes Siti Bainun, bahawa konspirasi itu adalah di antara beliau (Suhana) dan empat rakannya.

Nur A’minahtul: Saya cadangkan Cik Suhana bersama-sama Hani Azura, Syahirah, Zurianty Sudin dan Haiza berkonspirasi untuk menjatuhkan Siti Bainun kerana semua cerita kamu di mahkamah bercanggah dengan tarikh-tarikh kejadian yang telah dirujuk kepada kamu (perbualan di WhatsApp) dan ia telah diakui oleh kamu?

Suhana: Tidak setuju.

Kepada soalan Nur A’minahtul bahawa apabila berlaku percanggahan bermakna kejadian yang diceritakan oleh saksi itu di mahkamah adalah imaginasinya dan ia tidak pernah berlaku, Suhana menjawab “Tidak setuju”.

Nur A’minahtul: Konspirasi itu bertambah kuat selepas Cik Suhana baca sendiri kes Bella yang tular di media sosial.

Suhana: Tidak setuju.

Suhana juga menafikan beliau masih berkomunikasi baik dengan Siti Bainun sehingga 11 Julai 2021.

Nur A’minahtul: Selepas tarikh itu (11 Julai) Cik Suhana tidak lagi menjawab WhatsApp Siti Bainun dan keakraban antara kamu dengan Hani Azura, Syahirah, Zurianty Sudin, Haiza bagi memastikan Siti (penghuni Rumah Bonda) yang menjadi saksi (dalam kes ini) dijauhkan daripada Siti Bainun.

Suhana: Tidak setuju.

Saksi itu turut menafikan beliau membuat penipuan sebanyak 16 kali semasa memberi keterangan di mahkamah apabila kenyataannya bercanggah dengan perbualannya bersama Siti Bainun serta rakan-rakannya di WhatsApp.

Disoal seorang lagi peguam yang mewakili Siti Bainun, Asiah Abdul Jalil yang mencadangkan bahawa saksi rasa tidak puas hati sebab semasa penubuhan Rumah Bonda secara rasmi, Siti Bainun melantik ahli jawatankuasa yang baharu dikenalinya pada 2019 dan bukannya saksi itu yang sudah dikenalinya sejak 2009, Suhana menjawab “Tidak setuju”.

Asiah: Saya cadangkan kamu cemburu dengan pencapaian hidup Siti Bainun yang jauh lebih baik daripada kamu dan disebabkan itu, kamu mahu Siti Bainun dicemuh dan ditangkap serta kehilangan Rumah Bonda dan anak angkatnya.

Suhana: Tidak setuju.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar