web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir US$670 Juta Dipindahkan Ke Akaun Peribadi Najib - Pegawai Bank

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 7:55PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hampir US$670 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, melibatkan lima transaksi antara 2011 hingga 2013, termasuk dana daripada Putera Faisal Turkey Al-Saud.

Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad, Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi itu melibatkan akaun bekas perdana menteri itu, berakhir dengan nombor 694.

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata wang berjumlah US$20 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor 694 oleh Putera Faisal melalui dua transaksi pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa pada 30 Oktober 2012 dan 19 November 2012, sebanyak US$4,999,988 dan US$24,999,988 dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners (syarikat milik sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Eric Tan) ke dalam akaun Najib.

Mahkamah juga diberitahu bahawa US$620 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib daripada Tanore Finance Corp pada 22 Mac 2013.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada prosiding sebelah pagi, pakar undang-undang bagi Polisi Perniagaan di Unit Polisi Perniagaan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Mohamed Fairudz Mohd Hanif, 38, mengesahkan bahawa dua syarikat iaitu Good Star Limited dan PetroSaudi International Limited (PSI) yang menerima dana sebanyak US$1.83 bilion daripada 1MDB di antara 2009 dan 2011, masing-masing telah dibubarkan pada 2014 dan 2015.

Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low dibubarkan pada 2 Mei 2014, manakala PSI yang dimiliki warga Arab, Tarek Obaid dibubarkan pada 8 April 2015.

Mohamed Fairudz berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada Seychelles Financial Services Authority (Seychelles FSA), selepas LFSA menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat dari empat buah negara pesisir bagi kes 1MDB.

“Negara-negara tersebut adalah British Virgin Island, Seychelles, Curacao dan Cayman Island. SPRM yang mewakili kerajaan Malaysia memohon kepada LFSA bagi mendapatkan maklumat berhubung Good Star Limited dan PSI yang didaftarkan di kepulauan Seychelles,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata susulan itu, beliau telah menghantar satu surat bertarikh 10 Ogos 2018 kepada Ketua Pengarah Eksekutif, Seychelles FSA dan juga kepada Supervision Manager, Seychelles FSA dan jawapan daripada pihak Seychelles FSA diterima selepas dua bulan permohanan itu dibuat.

Beliau berkata menurut pihak Seychelles FSA, kedua-dua syarikat itu yang berada di dalam daftar syarikat Syechelles FSA mempunyai alamat perniagaan yang sama dan menggunakan ejen pendaftaran syarikat yang sama iaitu Vistra (Seychelles) Limited (sebelum ini dikenali sebagai Offshore Incorporations (Seychelles) Limited).

Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa US$1.83 bilion dana 1MDB disuntik ke dalam PSI dan Good Star Limited.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar