web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penumpang Laluan Lembah Klang Nikmati Tambang Komuter Percuma Sebulan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 2:47PM

Ismail Sabri Yaakob ketika meninjau fasiliti bas RapidKL di Stesen MRT Kampung Batu pada pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penumpang KTM Komuter laluan Lembah Klang boleh menikmati perkhidmatan itu secara percuma selama sebulan bermula hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika mengumumkan berita gembira itu, beliau berkata selain mengurangkan kos hidup rakyat, pemberian tambang percuma juga bertujuan mengurangkan kesesakan jalan awam. 

"Seperti saya umumkan, kerajaan akan berikan tambang percuma selama sebulan untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL.

"Selain RapidKL, KTM Komuter di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Lembah Klang juga akan dapat tambang percuma selama sebulan," katanya pada sidang media selepas menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral di sini hari ini. 

Terdahulu, ketika berucap melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen Kampung Batu, Ismail Sabri mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini. 

Menjelas lanjut, Perdana Menteri berharap pengguna akan menggunakan pengangkutan awam bukan hanya sepanjang tempoh pemberian tambang percuma, tetapi setiap masa kerana ia dapat menjimatkan masa perjalanan ke sesuatu destinasi. 

Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM155 juta untuk pemberian tambang percuma masing-masing RM140 juta untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah RapidKL dan RM15 juta bagi KTM Komuter laluan Lembah Klang. 

Ditanya jika kerajaan akan memberikan harga istimewa bagi tambang pengangkutan awam selepas tambang percuma tamat, Ismail Sabri berkata ia akan diputuskan selepas tempoh sebulan berakhir. 

Mengenai status MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua, Ismail Sabri berkata pembinaannya kini pada tahap 98.3 peratus dan dijangka boleh dilancarkan pada Januari atau Februari tahun depan. 

MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu. 

Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar