web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Di Kedudukan Ke-32 Dalam Daya Saing Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:17AM

Malaysia berada di kedudukan ke-32 dalam WCR, turun 7 anak tangga dari kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berada di kedudukan ke-32 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, turun tujuh tangga dari kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021.

Menurut Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, Thailand (di tangga ke-33 kali ini berbanding ke-28 pada 2021) dan Indonesia (di ranking ke-44 berbanding di kedudukan ke-37 sebelum ini) turut mengalami penurunan prestasi berikutan pembukaan semula ekonomi yang perlahan pasca-COVID-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Rantau Asia juga menyaksikan ranking China turun satu tangga kepada 17 daripada 16, menongkah aliran meningkat kukuh yang dicatatkan negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan pemulihan ekonomi yang buruk dijejaskan lagi oleh strategi sifar-COVID.

“Melangkah ke hadapan, China perlu menstrukturkan semula ekonomi daripada pembuatan kepada perkhidmatan bernilai tinggi dan daripada pelaburan kepada penggunaan.

“Ia juga perlu membangunkan pasaran nasional disatukan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi jangka panjang, dan ia hanya akan mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonominya menerusi gabungan dasar makroekonomi,” jelas WCC.

Bagaimanapun, China masih mendahului ekonomi Asia-Pasifik (APAC) bersama Singapura (ketiga), Hong Kong (kelima) dan Taiwan (ketujuh).

Singapura mencapai ranking ketiga, naik dari kedudukan kelima, sekali gus berada di tangga teratasnya di rantau APAC.

Pemulihannya dipacu oleh peningkatan ketara ekonomi domestik (di tangga pertama berbanding ke-15 sebelum ini), pekerjaan (ketiga berbanding dengan ke-18), kewangan awam (keenam berbanding tangga ke-12) serta produktiviti dan kecekapan (ranking kesembilan berbanding ke-14 pada 2021).

Namun, ia kekal pada kedudukan yang agak rendah dalam beberapa subfaktor, termasuk amalan pengurusan (ke-14), infrastruktur saintifik (ke-16) serta kesihatan dan alam sekitar (ke-25).

Menurut WCC IMD, India mencatakan peningkatan ketara dalam kalangan ekonomi Asia, berada di kedudukan ke-37 berbanding ke-43 sebelum ini.

Kedudukannya melonjak enam tangga selepas empat tahun mengalami prestasi tidak berubah. Ini didorong terutama oleh lonjakan yang dicatatkan India dari segi prestasi ekonomi dan kecekapan perniagaan.

Ketua Ahli Ekonomi WCC IMD, Christos Cabolis berkata selain tekanan inflasi menjejaskan kebanyakan ekonomi, cabaran global lain yang turut sama memburukkan daya saing negara ialah varian COVID-19.

Ini termasuk jumlah orang yang dijangkiti di seluruh dunia, perbezaan dasar nasional untuk menangani COVID (dasar ‘sifar-toleransi COVID’ berbanding dengan dasar ‘terus bergerak daripada COVID’) selain pencerobohan ke atas Ukraine oleh Rusia.

Sementara itu, Denmark, sebagai negara paling maju dari segi digital di dunia, mencapai kedudukan teratas buat kali pertama dalam sejarah 34 tahun ranking ini.

“Ini disokong oleh dasar yang baik, kelebihan yang diperoleh dengan menjadi sebuah negara Eropah, tumpuan jelas terhadap kemampanan dan dorongan daripada sektor korporatnya yang cekap,” kata Pengarah WCC IMD, Profesor Arturo Bris.

Switzerland kehilangan tempat teratas globalnya apabila turun ke tangga kedua, walaupun kekal kukuh dalam ranking keseluruhan.

WCR 2022 menilai 63 ekonomi, melalui data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal, di mana 333 kriteria daya saing dipilih sebagai hasil penyelidikan komprehensif menggunakan kajian ekonomi; sumber antarabangsa, nasional dan serantau serta maklum balas daripada komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan ahli akademik, selain respons tinjauan (100 eksekutif setiap ekonomi secara purata) daripada eksekutif kanan, dikutip daripada 56 institut rakan kongsi tempatan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 54 minit yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran