web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Import Bahan Mentah, Ubat Alternatif Tangani Isu Bekalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 6:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi pertimbangan sewajarnya terhadap import bahan mentah atau ubat alternatif dari negara lain bagi menangani isu kekurangan bekalan.

Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong berkata, kekurangan bahan mentah merupakan antara sebab utama berlakunya isu kekurangan bekalan ubat di Malaysia.

Menurut beliau, isu berkenaan bukan sahaja dihadapi fasiliti kesihatan swasta malah turut berlaku di hospital kerajaan, farmasi, klinik dan fasiliti kesihatan lain.

“Ini telah menyebabkan pengilang farmasi tempatan tidak dapat membekalkan ubat-ubatan mereka mengikut jadual.

“Saya difahamkan, ubat-ubatan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran seperti ubat batuk, selsema, ubat tahan sakit, ubat anti-radang dan lain-lain kini turut kehabisan stok,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Tong Keong berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) digesa mencari langkah lebih sesuai bagi menangani isu kekurangan bekalan ubat itu berbanding mencadangkan fasiliti kesihatan meminjam sesama sendiri.

“Kita harap kerajaan mengambil berat tentang isu ini kerana ia membabitkan keselamatan kesihatan rakyat jelata dan harus diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui bahawa negara mengalami kekurangan beberapa jenis ubat di pasaran.

Beliau berkata, KKM telah merumuskan tiga langkah penyelesaian sementara untuk menangani isu terbabit yang kini berlaku di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Langkah pertama jelasnya, adalah dengan membenarkan fasiliti kesihatan swasta memohon pinjaman bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan swasta lain atau fasiliti kesihatan kerajaan terdekat.

Menurut Khairy, dalam soal ini fasiliti kesihatan kerajaan boleh menimbang meminjamkan bekalan ubat-ubatan bagi kegunaan ketika kecemasan, krisis dan bencana dengan memastikan terlebih dahulu ketersediaan serta baki stok ubat-ubatan mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian di fasiliti kesihatan kerajaan terbabit.

Tegasnya, pesakit juga boleh dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan rawatan sekiranya perlu, namun pesakit mungkin memerlukan perubahan regimen ubat-ubatan berdasarkan ketersediaan di fasiliti kerajaan yang dirujuk.

“Langkah akhir, pesakit boleh membeli ubat-ubatan berkenaan dari Farmasi Komuniti dengan preskripsi dari klinik atau hospital swasta berkenaan,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ya, Memang Ada Kekurangan Ubat Yang Rawat Gejala COVID-19 Di Pasaran

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekalan Ubat Kembali Stabil Julai - KJ

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Bekalan Ubat Di Fasiliti Kesihatan KKM Mencukupi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan