web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Godam Emel Syarikat Perniagaan Dikesan, Suami Isteri Keldai Akaun Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 6:03PM

Mohd Kamarudin menunjukkan gambar pasangan suami isteri yang ditahan dalam Sindiket Penipuan Business Email Compromise (BEC) ketika sidang media di Menara KPJ hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman membongkar taktik terbaharu sindiket menggodam emel syarikat perniagaan (BEC) dengan mengubahsuai alamat emel asal organisasi terbabit untuk menggelapkan wang mangsa.

Taktik tersebut terbongkar susulan penahanan sepasang suami isteri berusia 41 dan 43 tahun di Semenyih, Selangor berdasarkan laporan dibuat sebuah syarikat berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket tersebut memperdaya seorang lelaki warganegara UAE yang menetap di Dubai, membabitkan kerugian berjumlah RM3.9 juta.

Menurut beliau, mangsa telah berurusan dengan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk membeli bahan simen ‘granulated blast furnace slag’.

“Urusniaga pembelian simen berjumlah 41,000 tan metrik tersebut dijalankan melalui emel.

“Bagaimanapun pada Mac lalu, mangsa menerima emel daripada alamat hampir sama dengan emel syarikat di AS tersebut yang mengarahkan pembayaran bagi urusniaga dibuat ke akaun bank milik sebuah syarikat di Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sama seperti sindiket penipuan lain jelas Mohd Kamarudin, mangsa tidak menerima barangan dijanjikan sebaik pembayaran dibuat.

“Mangsa kemudiannya melantik peguam di Malaysia bagi mewakili mereka untuk membuat laporan pada 8 Jun lalu,” katanya.

Berdasarkan laporan tersebut jelas beliau, JSJK Bukit Aman melancarkan satu operasi dan berjaya mengesan kedudukan pasangan suami isteri terbabit sebelum menyerbu kediaman disewa mereka di Semenyih, Selangor, semalam.

“Lelaki itu adalah seorang warga Nigeria manakala isterinya adalah warga tempatan. Kami percaya kedua-dua mereka ini adalah ‘keldai syarikat’ sindiket sebenar,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, polis dalam serbuan itu turut merampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz S300L, sebuah PROTON Exora, enam telefon bimbit, dua jam tangan, dua komputer riba, cop, sejumlah barang kemas, dokumen dan pelbagai barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya turut membekukan wang berjumlah RM1.86 juta dari akaun bank ‘keldai syarikat’ terbabit mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001.

“Pasangan suami isteri berkenaan kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar