web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LRT Buat Hal Lagi, Penumpang Mengamuk Terlepas Tren Akibat Terlalu Sesak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 12:12PM

Nrjwznl berkongsi gambar laluan Pasar Seni yang dipenuhi penumpang sejak awal pagi tadi di Twitternya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) mengamuk di media sosial apabila terlepas beberapa tren pada waktu puncak disebabkan kesesakan luar biasa membabitkan perkhidmatan itu sejak awal pagi tadi.

Seorang pengguna Twitter, Nrjwznl berkata, dia terlepas dua tren untuk ke pejabatnya kerana kedua-dua gerabak dipenuhi penumpang.

“Tidak ada guna kau bangun awal hanya nak naik tren awal pagi untuk sampai di pejabat tepat pada masanya, tapi terlepas dua tren kerana penuh dengan penumpang dan kekerapan setiap lima minit.

“Dari 8 (pagi) tunggu tren tak dapat masuk. Eh kebodohan apa? Hari ini memang aku nak maki je sebab makin lama makin b**** RapidKL ni,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Dia turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan kesesakan yang berlaku di stesen LRT Pasar Seni di Twitternya.

“Kekerapan tren setiap lima minit. Dalam tren dah penuh nak mampus. Tak boleh ke buat kekerapan lagi cepat? Terlepas tren bukan sebab tren cepat sangat, terlepas sebab terlalu penuh.

“Tengok ni, berapa ramai tengah menunggu. Dah tunggu lama tak dapat masuk tren sebab tren penuh. Kena tunggu lagi lima minit!,” katanya.

Ciapannya itu mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap kualiti perkhidmatan awam tersebut yang tidak pernah berubah.

“Nak rakyat guna kenderaan awam tapi frekuensi, kepadatan hauk. Bandar ni sebenarnya bandar yang dah gagal,” kata Nazmi.

“RapidKL tak faham ke atau buat-buat bodoh, dia kata walaupun kekerapan tren lima minit tapi tidak memadai untuk menampung jumlah penumpang.

“Ini akan melambatkan perjalanan penumpang. Harus diingat mereka ini juga pekerja yang perlu menepati masa pejabat,” kata Mr Ray.

Ini bukan kali pertama masalah berlaku membabitkan perkhidmatan awam itu.

Akhir bulan lalu, perkhidmatan itu turut mengundang kemarahan ramai kerana mengalami kelewatan disebabkan masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti.

Menurut kenyataan Rapid Rail, siasatan awal menunjukkan berlaku insiden ‘circuit breaker’ terputus, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

Sementara itu, RapidKL turut memaklumkan kemaskini kekerapan waktu puncak bagi perkhidmatan pengangkutan awamnya di Twitter.

“Laluan Kelana Jaya - 5 minit; Laluan Ampang/Sri Petaling - 3 minit bagi *Daerah Pusat Perniagaan (DPP) manakala 6 minit bukan DPP.

“Laluan Monorel - 10 minit manakala Laluan Kajang - 6 minit. Sila rancang perjalanan anda. Terima kasih kerana menggunakan pengangkutan awam,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Dari Proton Ke Pengangkutan Pintar: Evolusi Pergerakan Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Parking Lagi Ikut Suka, Kan Dah Kena Angkut?

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad