web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beroperasi Lebih Masa, Tawar GRO Asing, Premis Hiburan Mewah Diserbu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 8:31PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat hiburan jenis karaoke tv (KTV), bar, pub dan bistro mewah di seluruh negara didapati bukan sahaja mula beroperasi lebih masa ketika ini, malah turut menawarkan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing.

Aktiviti tersebut kembali ‘hidup’ susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Peralihan Endemik COVID-19 yang membenarkan premis hiburan beroperasi semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, perkara itu terbongkar dalam operasi khas ‘Op Noda Khas’ yang dilancarkan pihaknya dengan bantuan JSJ kontinjen seluruh negara, semalam.

Menurutnya, pusat hiburan tersebut didapati menyediakan bilik karaoke pelbagai saiz dengan kadar bayaran tertentu, bermula daripada RM8,000 sehingga mencecah RM30,000 mengikut pakej ditawarkan.

“Premis tersebut turut menawarkan perkhidmatan GRO warga asing atas permintaan pelanggan dengan kadar bayaran ditetapkan.

“Bagi mengaburi pihak berkuasa, selepas tamat waktu operasi dibenarkan, pelanggan menggunakan laluan rahsia, iaitu pintu belakang premis untuk pergerakan keluar masuk.

“Ia hanya dikhaskan kepada pelanggan tetap sahaja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, dalam serbuan tersebut, seramai 102 orang wanita warga asing dipercayai GRO berusia antara 18 tahun hingga 35 tahun ditahan.

“Selain itu, seramai 61 warga tempatan membabitkan pemilik premis, pengurus, penjaga kaunter dan pekerja pusat hiburan terbabit yang berusia antara 20 tahun hingga 55 tahun ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 1,133 orang pekerja dan pelanggan premis itu turut menjalani pemeriksaan bagi mengesan kesalahan jenayah lain.

Katanya, pemeriksaan turut memfokuskan terhadap penglibatan individu dalam kumpulan kongsi gelap, gangsterisma dan thug gang.

“Semakan mendapati terdapat dua pelanggan berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan terhadap setiap pusat hiburan, polis merampas 44 lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM12,885.

“Semua tangkapan dan hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

17 GRO Warga Asing Ditahan Di Melaka

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Ops Noda Tahan 13 Individu, Termasuk ‘Pondan’

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Bukit Aman Tiada Maklumat Sajat Di Australia

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Artikel Jual Sijil Digital Vaksin, PDRM Buka Kertas Siasatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek