web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


17 GRO Warga Asing Ditahan Di Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 9:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jabatan Imigresen Melaka menahan seramai 17 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika sedang leka berhibur dan  melayan pelanggan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Isnin lepas.

Pengarahnya Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata kesemua mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan dan sebuah pusat refleksologi pada kira-kira 9 malam.

“Wanita yang ditahan merupakan warga Vietnam, Thailand, Laos dan China. Ketika serbuan itu juga ada dalam kalangan mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi, namun gagal.

“Hasil risikan yang dijalankan, kita mendapati mereka dipercayai diuruskan oleh ejen yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan permintaan tinggi pelanggan mengikut lokasi yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anirwan berkata siasatan awal mendapati GRO warga asing ini bergiat aktif pada hujung minggu dan seorang lelaki warga tempatan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas/permit dan lain-lain kesalahan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis hiburan itu baharu dibuka dan tidak mempunyai lesen selain beroperasi dalam keadaan mencurigakan iaitu pintu utama ditutup rapat serta terdapat laluan khas dikawal penjaga di luar premis berkenaan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam beberapa serbuan di sekitar Bandaraya Melaka pada hari yang sama, seramai 23 warga asing termasuk dua lelaki turut ditahan membabitkan 12 warga Vietnam, Thailand (empat), Myanmar (dua), Indonesia (tiga) dan masing-masing seorang warga Laos dan China.

Anirwan berkata operasi oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka itu melibatkan kekuatan 20 anggota dan aduan diterima daripada orang awam dan penduduk setempat.

“Operasi bermula sekitar pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 1 pagi keesokannya itu telah menyerbu lokasi seperti medan selera, bengkel membaiki kereta dan kafe hiburan disyaki menggaji warga asing dan kita juga sedang mengesan pemilik kafe hiburan tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Anirwan berkata kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasa untuk siasatan lanjut.

“Objektif utama operasi adalah untuk mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya pendatang tanpa izin dan mengesan mana-mana individu yang cuba melindungi pendatang asing selain mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

4

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik