web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BDR Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik, Beri Majikan Pilihan, Segerakan Subsidi Bersasar!

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 9:01AM

MTUC berpendapat isu kesesakan jalan raya tidak harus dijadikan alasan untuk melaksanakan semula BDR kerana tidak semua majikan boleh mengimplimentasikan cadangan itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pelaksanaan semula kaedah bekerja dari rumah (BDR) sebagaimana diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing ketika ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, isu kesesakan jalan raya tidak harus dijadikan alasan untuk melaksanakan semula BDR kerana tidak semua majikan boleh mengimplimentasikan cadangan itu.

“Masalah kesesakan bukan isu baharu, dari dulu lagi memang dah berlaku. Saya fikir kesesakan yang berlaku hari ini disebabkan kerja-kerja naik taraf jalan yang sedang dilakukan.

“Bagi MTUC, kaedah BDR bergantung kepada keperluan industri atau majikan. Bukan semua boleh mengimplimentasikan kaedah itu, khususnya membabitkan operasi,” katanya kepada Getaran.

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Menurut beliau, masalah kesesakan trafik lebih bersifat sementara dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencari kaedah terbaik bagi menanganinya.

“Sepanjang dua tahun BDR, kita tahu kaedah itu sangat terhad, banyak kekangan. Jadi sanggupkan kita ‘breakthrough the limitation’?

“Kesesakan jalan raya itu lebih bersifat sementara. Saya yakin kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) ada kaedah mereka sendiri dalam meredakan situasi itu,” katanya.

Jelas Mohd Effendy lagi, kerajaan, majikan dan pekerja perlu duduk semeja bagi mengenal pasti mekanisme terbaik sekiranya mahu kaedah BDR dilaksanakan semula.

“Banyak isu dibangkitkan sepanjang dua tahun kaedah BDR dilaksanakan. Ada isu dari segi kualiti kerja dan majikan pun ada masalah tertentu.

“Jadi kita perlukan pertemuan dan perbincangan bersama tiga pihak (majikan, pekerja dan kerajaan) untuk sama-sama memperhalusi apakah mekanisme yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata, rundingan itu amat dialu-alukan bagi mencapai konsensus bersama demi kebaikan semua pihak.

“Sehingga hari ini, rundingan meja bulat berkenaan perkara itu masih belum berlaku. Jadi sudah tentu kita amat mengalu-alukannya.

“Kita kena berbincang sebab tak mahu ada majikan yang mengambil kesempatan misalnya menolak elaun mahupun gaji pekerja kerana BDR. Isu itu pernah timbul sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Effendy tidak menolak wujud kes pekerja diberhentikan disebabkan masalah yang timbul akibat pelaksanaan kaedah tersebut.

“Kita ada kes (pekerja) dibuang kerja sebab tak masuk kerja dari rumah pukul 9 pagi. Jadi macam mana majikan nak pantau? Kaedah itu sebenarnya banyak kekangan.

“Saya percaya banyak kes seperti itu termasuk gaji dan elaun dipotong tidak dibawa ke depan kerana pekerja takut hilang pekerjaan mereka,” katanya.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut senada dengan pandangan MTUC berhubung perkara itu.

Beliau berpendapat, kerajaan boleh menjimatkan kos subsidi petrol dalam kuantiti yang besar sekiranya melaksanakan subsidi bersasar kepada golongan kurang berkemampuan.

“Kaedah BDR itu pada saya bukan langkah terbaik untuk mengurangkan komitmen subsidi petrol oleh kerajaan.

“Sebaliknya kerajaan perlu perkenalkan subsidi bersasar yang membantu golongan rentan dan B40 sahaja. Itu yang perlu dilakukan sebenarnya,” katanya.

Ujarnya lagi, cadangan pelaksanaan semula kaedah BDR sebenarnya harus dijadikan pilihan buat majikan.

“Jika ianya menambah produktiviti organisasi dan mengurangkan kos operasi, sudah tentu majikan akan bersetuju.

“Jika kaedah itu diwajibkan kerajaan, ia mungkin menyebabkan produktiviti terjejas. Bukan semua pekerjaan boleh jadi lebih produktif kalau BDR,” katanya.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya kerajaan dan majikan membenarkan 20 hingga 30 peratus daripada kakitangan mereka untuk BDR.

Beliau berkata, langkah itu mampu ‘meredakan’ kesesakan trafik yang semakin teruk ketika ini, terutama pada waktu puncak dan menjimatkan subsidi petrol serta diesel ditanggung kerajaan.

Katanya, antara isu dihadapi negara sekarang adalah kesesakan trafik sangat teruk dan peningkatan kos subsidi petrol ditanggung kerajaan, yang dijangka melebihi RM30 bilion tahun ini.

“Ketika pandemik, ramai disuruh BDR dan kaedah ini terbukti sesuai dengan pelbagai jenis pekerjaan. Sebanyak 70 peratus pekerja disuruh kerajaan untuk bekerja dari rumah masa itu.

“Jadi, saya rasa ia tidak susah sekiranya majikan dan kerajaan hari ini menggalakkan serta membenarkan semula 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah pekerja untuk bekerja dari rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar