web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sistem Pengairan Lebih RM400 Juta Dibangun, Rancakkan Sektor Pertanian Kota Belud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 3:44PM

Ronald menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik upacara pecah tanah pembangunan Kompliks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang giat membangunkan sistem pengairan dan saliran di Kota Belud, Sabah yang melibatkan kos sebanyak RM410.39 juta untuk mengatasi masalah air dan merancakkan sektor pertanian di daerah berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia merangkumi 17 projek pembangunan dan turut melibatkan kerja menaik taraf sistem pengairan dan saliran, pembinaan tali air utama, pembinaan jalan ladang dan infrastruktur lain.

Katanya, projek pembangunan berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 2030.

“Pembangunan infrastruktur itu tentu sekali akan memberi manfaat kepada pesawah dari segi peningkatan hasil dan pendapatan sekali gus menyumbang kepada peningkatan Tahap Sara Diri (SSL) negeri Sabah kepada 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan majlis pecah tanah bagi pembinaan Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Kampung Jawi-Jawi dekat Kota Belud, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif SMART SBB di daerah itu berada di bawah kelolaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan melibatkan 40 pesawah dengan kawasan sawah terbiar seluas 45 hektar.

“Saya yakin kolaborasi strategik antara MAFI dengan syarikat-syarikat peneraju akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan.

“Pelaksanaan inisiatif SMART SBB juga akan meningkatkan produktiviti dalam mencapai SSL beras 75 peratus sebagaimana yang ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) sekali gus mengurangkan kebergantungan import,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ronald berkata, MAFI juga bercadang untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tanah di Sabah dan Sarawak dengan sasaran pembukaan kawasan jelapang baharu seluas 200,000 hektar di kedua-dua negeri itu.

Katanya, menerusi usaha tersebut, kedua-dua negeri berkenaan mampu menghasilkan pengeluaran padi sekitar 1.2 juta tan metrik setahun.

“MAFI dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan kepada industri padi dan beras di negeri terbabit.

“Ia sekali gus membantu pesawah meningkatkan hasil dan pendapatan melalui program dan pendekatan, bagi memastikan bekalan sekuriti makanan terjamin dan mencukupi sepanjang masa,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Ronald turut mengumumkan peruntukan kerajaan Persekutuan berjumlah RM36 juta bagi pembinaan Kompleks IADA di Kota Belud.

“Kompleks ini dijangka siap dalam tempoh RMK12 dan akan menyumbang kepada pembangunan kawasan yang lebih holistik dan cekap.

“Ia juga akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian dan makmal analisis pertanian,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU Penubuhan Lembaga Ruminan Negara Dibentang Julai 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad