web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Sedili Mengaku Tidak Bersalah Cabul Wanita

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 1:37PM

Rasman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita Januari tahun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita, Januari lepas.

Tertuduh, Rasman Ithnain, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Rasman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, di sini kira-kira 5 petang, 13 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan tertuduh diikat jamin RM5,000.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail yang mewakili Rasman merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guam mereka memberi kerjasama sepanjang siasatan polis.

Amalina Basirah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar