Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


AirAsia Buat Hal Lagi, Doktor Kecewa Jadual Penerbangan Ditukar ‘Ikut Suka’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 4:02PM

Bulan lepas, kecoh di media sosial apabila orang ramai melepaskan kemarahan terhadap AirAsia susulan jadual penerbangan tergendala. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaikan tidak serik, syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia sekali lagi dikecam hebat netizen berhubung isu penukaran jadual penerbangannya.

Seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital awam di Sarawak, Dr Aimir Ma’rof menerusi perkongsian di Facebooknya mendedahkan kisah jadual penerbangannya dari Kuching menuju ke Johor Bahru (JB) pada 25 Jun ini ditukar ‘sesuka hati’.

Katanya, dia tiada pilihan kerana hanya AirAsia yang menyediakan penerbangan pergi balik ke lokasi ditujuinya pada hari sama.

“Saya ada urusan di JB pada pagi Sabtu, tapi saya perlu pergi dan balik hari yang sama sebab saya susah nak ambil cuti. 

“Tapi anda tengok gambar pertama, cantik dah masa flight yang dia atur. Sesuai dengan urusan perjalanan yang saya rancang. Maka, saya tempah dan bayar,” katanya.

 

Jom kita lihat betapa bangangnya AirAsia! Saya ada urusan di Johor Bahru pada pagi Sabtu, tapi saya perlu pergi dan...

Posted by Aimir Ma'rof on Wednesday, June 8, 2022

Namun beliau kecewa apabila tidak sampai dua hari AirAsia menghantar emel dan SMS memaklumkan penerbangan ke JB dibatalkan dan ditunda ke waktu malam pada hari yang sama.

“Jadi apalah tujuan saya pergi JB tu? Nak tambah lawak lagi, return flight balik ke Kuching tak tukar. Hasilnya, anda tengoklah gambar kedua tu.

“Bangang tak bangang! Dah apa cerita flight itinerary jadi macam tu!? Aku ni depart dari Kuching, bukan dari JB!,” tulisnya.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja menjejaskan jadual yang sudah dirancang lebih awal tetapi menyukarkan urusan pertukaran atau meminta bayaran balik kredit.

“Main tukar ikut sedap je. Lepas tu kita pula yang kena susah payah chat dengan robot AVA dia untuk tukar flight atau minta credit refund. Ini bukan tiket promo tambang murah. Beratus juga duit habis!

“Ini jelas pengiklanan palsu dan sangat mengelirukan! Jika anda tidak dapat menyediakan penerbangan seperti diiklankan, kenapa perlu menjualnya terlebih dahulu. Anda menyusahkan hidup orang lain,” katanya.

Berdasarkan notis pembatalan yang dikongsi di Facebook, pembatalan penerbangan dari Kuching menuju ke JB itu dilakukan atas alasan ‘operational reasons’.

Menurut Dr Aimir, dia pernah mengalami situasi sama membabitkan syarikat penerbangan tersebut sebelum ini.

“Ini bukannya kali pertama saya kena dengan AirAsia dan saya yakin, dah berapa ramai manusia yang teraniaya.

“Kerajaan Malaysia dan kementerian  berkenaan, tolonglah buat sesuatu dengan semua syarikat penerbangan yang ada, terutamanya AirAsia sebab AirAsia memang bangang!,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 1,000 shares dan hampir 600 komen di Facebook.

Majoriti netizen simpati dengan nasib menimpa Dr Aimir dan menyifatkan AirAsia sebagai ‘scammer’ alaf baharu.

“Flight masa MCO lesap, kredit dalam akaun untuk flight-flight yang batal pun lesap. Nak berurusan dengan robot bodoh tu pun susah. Memang takkan halalkan jelah,” kata Nur Hidayah.

“Pernah kena, last burn macam tu je. Alasannya samalah macamtu. Dahlah return hari sama,” kata DBalqis Zulkifly.

“Abang ipar baru lepas kena semalam, flight delay, tak pasal-pasal esok datang balik airport untuk pick up,” kata Noraini.

“AA sekarang jadi scammer berlesen. Kerajaan Malaysia pun tak berani nak masuk campur,” kata Sara.

Pada bulan lalu, kecoh di media sosial rungutan dan aduan mengenai perkhidmatan AirAsia yang kerap tergendala, termasuk dijadualkan semula beberapa kali sehingga memaksa pelanggan menunggu berjam-jam lamanya atau lambat sampai ke destinasi masing-masing.

Alasan bahawa situasi itu disebabkan kelewatan pesawat tiba di lapangan terbang sukar diterima, 

menyebabkan mereka mengamuk dan meluahkan kekecewaan terhadap servis ditawarkan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

Kekecohan yang timbul itu turut mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi yang meminta syarikat memberikan jawapan dalam tempoh 24 jam berhubung isu penjadualan semula penerbangannya. - Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Luar Negara 14 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Sukan 7 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat