web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencemaran Di Sungai Langat: Kilang Diarah Henti Pelepasan Efluen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 8:29AM

Siasatan yang dijalankan oleh LUAS telah menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat. - Gambar dari Facebook LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengarahkan sebuah premis kilang untuk segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai, serta melaksanakan kerja pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang, susulan insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata arahan tersebut, dikeluarkan LUAS kepada premis tersebut berdasarkan Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999 dan proses pembersihan sedang dilakukan oleh pihak kilang tersebut.

Beliau berkata perkara itu dilakukan susulan maklumat yang diterima LUAS daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berhubung insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat pada jam 3.30 petang semalam.

“Siasatan LUAS telah menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat. Hasil siasatan pihak LUAS mendapati punca insiden aliran air berwarna putih adalah disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada ‘sump’ milik sebuah premis kilang, yang melepaskan aliran air putih ke sungai tanpa melalui titik pelepasan akhir efluen premis yang ditetapkan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor diaktifkan, melibatkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar.

“LUAS telah menjalankan tiga pensampelan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa lanjut, dan LUAS akan membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata anggaran jarak lokasi punca pencemaran (premis berkenaan) ke tiga muka sauk terdekat iaitu, LRA Semenyih 2 (18 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (29.5km) dan LRA Labohan Dagang dalam anggaran 40.9km.

“Tindakan pantas kawalan di tapak, telah berjaya mengelakkan potensi henti tugas LRA. Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS, bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Selangor terpelihara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan