Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mansuh Hukuman Mati Mandatori: Langkah Tepat, Beri Hakim 'Kuasa' Nilai Keputusan Sebaiknya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 6:41PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan menggantikan hukuman yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah, dianggap relevan bagi memberi ruang kepada hakim membuat keputusan lebih tepat mengikut kesalahan dilakukan individu.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, hukuman mandatori itu mempunyai elemen tertentu yang menyebabkan hakim terikat untuk mengenakan hukuman mati apabila sesorang itu didapati bersalah.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan hakim tidak dapat menetapkan keputusan fleksibal selepas mendapati seseorang itu melakukan kesalahan, namun ada unsur yang sepatutnya boleh meringankan hukuman pesalah.

“Keputusan kerajaan ini memberi peluang kepada hakim menilai sekiranya seseorang itu didapati bersalah, tetapi mempunyai elemen yang mewajarkannya diberikan keringanan dari sudut hukuman.

“Maka dia tidak semestinya dijatuhkan hukuman mati, sebaliknya dipenjara, disebat dan seumpamanya, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Getaran.

 Dr Muhammad Fathi Yusof
Dr Muhammad Fathi Yusof

Bagaimanapun, beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang dan Polisi UTM menggesa kerajaan meneliti semula keputusan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah itu, sebagaimana diamalkan di beberapa negara Eropah.

Keperluan itu, katanya, memandangkan Malaysia mengamalkan prinsip perundangan tempatan yang menyaksikan hukuman mati perlu dikekalkan bagi kesalahan tertentu.

Muhammad Fathi berkata, keputusan dibuat kerajaan itu diharapkan tidak sehingga memansuhkan terus hukuman mati secara keseluruhan.

“Keperluan mengekalkan hukuman mati terhadap kesalahan seperti membunuh tetap perlu kerana berdasarkan prinsip Islam, perbuatan itu adalah kesalahan besar yang membabitkan nyawa seseorang.

“Jadi sewajarnya mereka yang disabitkan kesalahan membunuh ini selayaknya tertakluk kepada hukuman mati,” katanya.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Memberikan respon senada, Pengerusi Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan penting dan positif selaras dengan pendapat pelbagai pihak di negara ini yang merasakan sudah tiba masa, kerajaan mengkaji semula hukuman mati mandatori.

Namun, beliau berharap keputusan itu disusuli usaha penyelarasan segera dalam merealisasikan pemansuhan berkenaan.

Tegasnya, perkara dikaji dan diumumkan kerajaan itu adalah ke arah yang betul, malah beliau menganggap ia pendekatan positif tetapi memerlukan masa untuk direalisasikan, memandangkan banyak pindaan harus dibuat.

“Pelbagai undang-undang yang ada berhubung kait dengan mati mandatori, justeru saya harap semua perkara ini dapat diselaraskan dan disegerakan,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemansuhan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah itu akan membolehkan hakim menggunakan kearifan (wisdom) dalam menjatuhkan hukuman selepas mendengar kes berdasarkan fakta dibentangkan.

“Terdapat kes sebelum ini berkenaan pengedar dadah yang dikenakan hukuman mati, tetapi orang yang sebenarnya terlibat adalah ‘taukeh-taukeh besar’ tetapi boleh mengelak undang-undang ini dan tidak ditangkap, sebaliknya keldai dadah kena (ditangkap).

“Jika kes sebegini dibawa ke mahkamah (dengan pemansuhan hukuman mati mandatori), hakim boleh menentukan hukuman misalnya, penjara seumur hidup atau beberapa tahun penjara,” katanya.

Getaran hari ini melaporkan, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pihaknya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.

“Keputusan (pemansuhan) ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin.

“Ia sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Getaran, 10 Jun 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok