web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Suara Tidak Puas Hati Sikap ‘Anti Islam’ Pemimpin India

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 6:34PM

Saifuddin bercakap pada sidang media Majlis Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia sudah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan India berhubung tindakan pemimpin parti pemerintah di negara itu, Bharatiya Janata Party (BJP) yang bersikap ‘anti Islam’, sehingga tegar menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan Malaysia turut menyatakan kerisauan memandangkan perkara seperti itu sering tercetus sejak mutakhir ini.

“Kita minta kerajaan India berusaha untuk cuba menghentikan daripada perkara ini berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Malaysia di sini, hari ini.

Ditanya soal peranan Malaysia bagi usaha menangani Islamofobia, Saifuddin berkata, berdasarkan kerangka dasar luar negara, ‘konsep hidup bersama dalam budaya aman damai’ sentiasa dipromosikan di pentas antarabangsa.

Konsep tersebut tambah beliau, akan dibawa dalam konteks multilateralisme.

“Di mana-mana kita pergi, ketika ucapan kita pun kita ada (katakan) rekod baik, iaitu dalam pelbagai kaum, agama hidup aman damai. Kita tawarkan hal ini kepada negara lain,” katanya.

Getaran kelmarin melaporkan, pemimpin BJP, Nupur Sharma menerusi kenyataannya ketika diwawancara sebuah stesen televisyen baru-baru ini, didakwa bersikap ‘anti Islam’ apabila menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda.

Tindakan beliau itu dikecam seluruh dunia, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Antaranya, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang menyifatkan kerajaan BJP itu harus diisytiharkan sebagai organisasi pencetus keganasan agama.

“ABIM memantau dasar dan sikap kerajaan BJP India yang semakin hari semakin terserlah sikap anti Islam mereka.

“Kami mengecam sekerasnya agenda keganasan dan ekstremisme BJP India itu. Sikap anti Islam ini bukan perkara baharu, tetapi ia lanjutan dari dasar perkauman sempit dan pemikiran ekstremis Hindu yang sebati dalam kalangan pemimpin BJP,” katanya.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dilaporkan mendesak Wisma Putra dan kerajaan menggerakkan tindakan diplomatik dalam kes Nupur Sharma.

Ketuanya, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, kegagalan kerajaan memberikan sebarang respon rasmi selepas beberapa hari isu terbabit meletus di peringkat antarabangsa adalah sangat mendukacitakan dan memalukan.

“Kami mengutuk keras kenyataan Nupur Sharma dalam wawancara televisyen serta sokongan Naveen Kumar Jindal, pemimpin BJP Delhi terhadap penghinaan itu. Kontroversi tersebut boleh dijangka kerana Perdana Menteri, Narendra Modi terkenal dengan beberapa dasar dan kenyataan berterusan yang dilihat sangat anti Islam.

“Sungguhpun tindakan terhadap kedua-dua individu itu diambil, ia belum memuaskan hati banyak negara Islam kerana tidak bersifat punitif dan mencukupi,” katanya.

Berdasarkan artikel agensi berita antarabangsa, kerajaan India kini berusaha meredakan kemarahan dalam dan luar negara, sehingga tercetus tunjuk perasaan serta rusuhan di banyak tempat.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan menasihati umat Islam agar tidak menghina agama lain sebagai menunjukkan tidak balas terhadap sikap pemerintah BJP yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya, Islam berpegang kepada prinsip agama yang tidak membenarkan atau mengizinkan umatnya menghina kepercayaan kaum lain.

Idris berkata, beliau turut menyarankan supaya umat Islam bertindak balas secara intelektual menerusi muzakarah dan wacana.

“Ini sepatutnya kita ada. Orang Islam ini ada juga perasaan. Jika mereka rasakan ia satu bentuk penghinaan kepada mereka, maka akan jadi perkara tidak elok. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar