web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Ketua Perwakilan Malaysia Dilantik 20 Jun, 24 Sedang Dimuktamad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 6:17PM

Datuk Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lima ketua perwakilan Malaysia yang baharu dilantik ke Indonesia, Arab Saudi dan Jepun akan menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Jun ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, baki 24 jawatan ketua perwakilan Malaysia yang masih kosong, termasuk di Australia dan New Zealand sedang dalam proses akhir dimuktamadkan.

“Lima sudah mendapat persetujuan dari negara tuan rumah dan ada 24 sedang kita muktamadkan, antaranya Australia, New Zealand dan banyak lagi, sebab ada yang balik dan ada bersara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Malaysia di sini, hari ini.

Saifuddin menjelaskan, pelantikan baki 24 ketua perwakilan itu akan diusaha dan dimuktamadkan secepat mungkin.

Beliau berkata, perlantikan dalam jumlah ramai itu juga disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia selama dua tahun, sehingga menghalang penghantaran perwakilan tersebut.

“Kita tidak tahu dahulu pun berapa lama kita hendak tangguh. Sebab itu baru-baru ini apabila Yang di-Pertuan Agong menerima watikah daripada perwakilan asing pun ramai, iaitu 19 orang. Jarang berlaku sampai seramai itu,” katanya.

“Perkembangan ini juga ekoran tempoh dua tahun penularan COVID-19 yang mana hampir kesemua negara sememangnya sedang sibuk menyelesaikan proses menghantar dan menerima watikah tertangguh,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut mencadangkan ICRC dimasukkan ke dalam Pasukan Petugas Khas bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar. – Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad