web statsweb stats

Berita Terkini

2 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


AirAsia Digesa Henti Eksploitasi Calon Kru Wanita Seolah Penari Tiang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 11:42AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dihambat beberapa kontroversi, seperti menangguhkan berulang kali waktu perjalanan pelanggan, selain dikritik kerana mengadakan sesi temu duga pengambilan anak kapal walaupun didakwa sudah berjanji untuk menggaji semula pekerja diberhentikan ketika pandemik COVID-19, syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia sekali lagi mencetuskan ‘drama’.

Terbaharu, Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM) mengecam tindakan Air Asia yang dikatakan meminta calon kru kabin wanita menari ‘seksi’ kononnya sebagai ‘syarat’ ketika melalui temu duga pekerjaan.

Menyifatkan ia tindakan melampaui batas dan melangkaui norma keperluan temu duga jawatan itu, NUFAM menggesa syarikat berkenaan menghentikan serta merta eksploitasi terbabit yang seolah-olah cuba menjadikan calon wanita mereka seperti ‘penari tiang’.

“NUFAM sangat tidak percaya dengan apa dikongsi orang ramai dengan kami, AirAsia melampaui batas ditetapkan. Kami menerima banyak panggilan daripada media selepas satu video tular kerana ada yang bertanya adakah ia sebahagian daripada temu duga kru kabin hari ini?

“Mengapakah gadis-gadis ini diminta menari ‘seksi’ di hadapan orang lain? Adakah mereka dijanjikan pekerjaan dengan melakukan tarian seksi itu?,” kata jurucakap NUFAM menerusi kenyataan.

Menurutnya, apa dilakukan AirAsia hari ini adalah perubahan bertentangan dengan norma kerana tiada kru syarikat penerbangan di dunia terpaksa melalui temu duga sedemikian.

“Adakah Air Asia terlalu terdesak sehinggakan mereka hanya berminat untuk mengupah ‘penari’ untuk menjadi kru kabin mereka? Bagaimana pula dengan menggaji semula mereka yang diberhentikan dua tahun lalu?

“Apa yang lebih memalukan adalah apabila beberapa calon ini dilihat mempamerkan tubuh mereka, manakala ada dilihat membongkok dengan skirt ketat,” tegasnya.

NUFAM berkata, tindakan itu tidak boleh diterima kerana ia akan menghantar isyarat salah kepada mereka yang ingin memohon pekerjaan itu.

Jelasnya, syarikat penerbangan sebaliknya harus memaparkan kru kabin sebagai kumpulan ‘profesional keselamatan’ dan bukan sebaliknya.

Pada masa sama, NUFAM menggesa calon wanita Air Asia supaya tidak tunduk kepada tuntutan seperti itu yang dibuat semasa temu duga mereka.

“Tambahan, bukankah syarikat penerbangan itu sebelum ini pernah ‘diserang’ beberapa Ahli Parlimen kerana skirt pendek itu?

“NUFAM (ketika itu) tampil membela anak kapal terhadap pihak yang mengkritik mereka kerana memakai skirt ketika ia dibangkitkan Ahli Parlimen di Parlimen. Jadi, adakah AirAsia cuba menarik (mencetuskan) semula serangan Ahli Parlimen atau orang ramai?,” soalnya.

Mengulas lanjut, NUFAM berkata, tindakan itu sememangnya bukan cara betul untuk memasarkan profesion kru kabin yang akan menyamakan mereka dengan ‘pekerja pelacuran’.

“Terdapat batasan tertentu dalam tingkah laku dan kesopanan seseorang berhubung pakaian seragam, terutama apabila jawatan mereka dikenali umum.

“Kru penerbangan lain juga berkongsi kebimbangan sama seperti NUFAM pada beberapa video ini. AirAsia perlu lebih sensitif dan berhati-hati apabila membabitkan pencari kerja (calon) yang naif serta muda,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad