web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Seru Rakyat Selangor Tidak Ragu-Ragu Ambil Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 8:50AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyeru rakyat negeri ini supaya tidak ragu-ragu untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19. 

Seruan Sultan Sharafuddin itu adalah seperti yang digariskan dalam intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib di masjid-masjid seluruh Selangor semalam, menurut satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office.

Kenyataan itu juga memaklumkan baginda berkenan untuk mengingatkan rakyat  menerusi pesanan khutbah berkenaan agar menerima baik saranan pihak kerajaan supaya mengambil vaksin dengan mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera dan Selangkah, serta lain-lain cara untuk mendapatkan suntikan vaksin yang telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

"Baginda turut menyokong gesaan dan nasihat dalam khutbah berkenaan supaya rakyat tidak perlu gusar lagi apabila menerima suntikan tersebut ketika berpuasa di bulan Ramadan," katanya.

Perkara itu telah diperhalusi dan diperbincangkan untuk menetapkan hukum keharusannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke 118 yang bersidang dari 16 hingga 17 Februari dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 9 Mac.

"Baginda turut sama memanjatkan doa agar rakyat di Selangor terus dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan wabak COVID-19.

Semoga ianya dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri segera. Yakinlah di sebalik setiap kegelapan itu, pasti ada cahaya yang akan menerangi kehidupan," titah baginda. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar