web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketiadaan Pelan Induk Tangani Kesesakan Melaka Bukti Kegagalan Kerajaan Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:02PM

Kerana ketiadaan pelan induk menyebabkan sistem pengangkutan di Melaka menjadi kelam kabut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan satu pelan induk pengangkutan di Melaka menunjukkan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani masalah kesesakan jalan raya di negeri itu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, hal ini berbeza dengan negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor yang memiliki pelan pengangkutan induk masing-masing.

Poay Tiong menegaskan, pelan induk tersebut amat penting dalam mengenal pasti punca serta penyelesaian kesesakan jalan raya dengan tepat dan terancang.

“Tetapi Melaka masih belum ada sebarang Pelan Induk Pengangkutan. Ini amat mengecewakan dan menunjukkan kerajaan telah gagal membuat perancangan jangka masa panjang untuk menangani masalah kesesakan trafik.

“Tanpa pelan induk tersebut, sistem pengangkutan di Melaka menjadi kelam kabut. Contohnya, terdapat terlalu banyak lampu isyarat yang tidak menentu arah. Sistem bas awam pula gagal berfungsi dengan baik.

“Sekali-sekala, kerajaan akan umum projek yang tidak masuk akal seperti monorel dan tram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khoo Poay Tiong - Gambar daripada Facebook
Khoo Poay Tiong - Gambar daripada Facebook

Poay Tiong menambah, kerajaan negeri perlu memandang serius masalah kesesakan jalan raya yang semakin teruk di negeri tersebut dan mengambil langkah proaktif bagi mengatasinya.

Masalah itu jelasnya, bukan perkara baharu sebaliknya berlaku sebelum COVID-19 menyerang penduduk di Melaka, terutamanya di kawasan bandar yang telah lama dibebani kesesakan jalan raya.

“Sekarang dengan pembukaan semula semua sektor ekonomi dan sosial, kesesakan telah bertambah teruk. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam isu ini?” soalnya.

Menurut beliau, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan BN pada bulan Mac tahun lalu telah melancarkan pelan pembangunan negeri yang dinamakan ‘Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035’.

Di dalam perancangan tersebut, beliau berkata, kerajaan dilaporkan akan menerbitkan sebuah Pelan Induk Pengangkutan untuk negeri Melaka pada tahun 2021.

Namun sehingga hari ini, tegasnya, tiada perkembangan dan maklumat baharu walaupun sudah mencecah pertengahan tahun 2022.

“Saya menyeru kerajaan negeri untuk menyatakan status terkini pelan induk pengangkutan yang dijanjikan ini.

“Pada masa sama, kerajaan Persekutuan juga mempunyai tanggungjawab untuk menangani isu ini memandangkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Perkara ini akan saya bangkitkan dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad