web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Veteran ATM Babit Pelbagai Pihak, Guna Peruntukan Negara - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 5:10PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua tuntutan membabitkan bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan saja melibatkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebaliknya turut membabitkan pelbagai kementerian lain kerana ia menggunakan peruntukan negara.

Justeru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak untuk faham bahawa MINDEF bukan satu-satunya pihak yang menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, apa juga pertimbangan dibuat harus mengambil kira semua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merangkumi 300,000 orang.

“Kita sentiasa terbuka (untuk berunding) melalui JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran), tetapi saya harap semua pihak perlu faham bahawa ini tidak berkisar kepada MINDEF sahaja kerana ia melibatkan peruntukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan ‘Reunion Veteran 2022’ di Taman Tugu Negara, Isnin lalu membabitkan veteran ATM.

Hishammuddin berkata, tindakan kumpulan tersebut tidak akan meminggir dan menidakkan usaha kerajaan selama ini untuk sentiasa memberi pembelaan kepada veteran ATM.

“Usaha kita untuk meneruskan agenda pembelaan akan berterusan, seperti yang saya umumkan pada sambutan ulang tahun Persatuan Veteran ATM ke-100baru-baru ini, ada dua perkara yang saya nyatakan sudah siap untuk diteruskan.

“Kita akan laksanakan bayaran pencen terbitan kepada balu veteran dan keduanya, penubuhan panel penasihat untuk melihat kepada pendaftaran veteran dalam mempertimbangkan permohonan mereka yang tidak diiktiraf,” katanya.

Menjawab kepada cabaran kumpulan Suara Veteran yang mahu berdebat berhubung tuntutan mereka, Hishamuddin berkata, ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

“Apa yang penting kita hendak cari penyelesaian (yang) kadang kala ia tidak berkisar kepada kemampuan MINDEF sahaja.

“Jika (sesuatu perkara) berkait rapat dengan kemampuan kewangan negara, itu semua melibatkan banyak kementerian dan ramai menteri.

“Jadi kalau hendak berdebat, baik debat dengan Kabinet,” katanya.

Isnin lalu, kumpulan dikenali sebagai Suara Veteran dipercayai menganjurkan ‘Reunion Veteran 2022’ di Taman Tugu Negara bagi meminta kerajaan mempertimbangkan beberapa tuntutan mereka.

Antara lain, mereka menuntut pelarasan pencen dan pelaksanaan pencen kepada veteran tidak berpencen. 

Selain itu, mereka menuntut pengampunan kepada mantan tentera yang diberhentikan kerana salah laku, pencen anggota sukarela dikerah sepenuh masa dan mengkaji semula pencen hilang upaya veteran. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 34 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar