web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Petisyen Cabar Keputusan PRN Melaka DUN Sungai Udang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 2:24PM

Mahkamah Pilihan Raya Melaka menolak petisyen yang difailkan calon BN, Mohamad Ali Mohamad bagi mencabar keputusan PRN bagi DUN Sungai Udang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar keterangan 20 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula  24 Mac hingga 20 April lepas.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof berkata mahkamah memutuskan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengurus pilihan raya DUN Sungai Udang dan Dr Aleef berkaitan penyelewengan dalam pengundian ketika PRN Melaka pada 20 Nov lepas adalah tidak benar.

"Dua tuduhan berkenaan penyogokan mengenai rasuah oleh Dr Aleef juga tidak benar. Untuk itu mahkamah mendapati bahawa segala aduan tersebut tidak berasas," katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.

Rosli berkata pihaknya bersyukur keputusan hari ini memihak kepada anak guamnya dan tiada asas untuk keputusan tersebut dibantah. 

''Sebab itulah dari awal kita membuat bantahan awal bahawa kes ini tidak perlu dibawa kepada perbicaraan, namun kita hormati mahkamah yang mana keterangan dalam kes petisyen pilihan raya perlu didengar bagi memuaskan hati rakyat bahawa tiada penyelewengan, penyogokan dan rasuah dalam kes ini,” katanya.

Mohamad Ali yang diwakili peguam Amin Othman, Datin Rosfinah Rahmat, Wan Hamidah Wan Ismail dan Nor Hazira Abu Haiyan, tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada PRN Melaka 20 November tahun lepas, Dr Mohd Aleef yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) menang dengan majoriti 530 undi selepas mendapat 6,789 undi, menewaskan Mohamad Ali yang mendapat 6,259 undi.

Pertandingan empat penjuru di kerusi Sungai Udang itu turut menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby mendapat 2,035 undi dan calon Bebas, Mohd Zahar Hashim pula hilang deposit selepas menerima 471 undi sahaja.

Mohamad Ali yang tewas dalam PRN itu memfailkan petisyen pada 14 Dis lepas bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Dr Aleef.

Beliau memfailkan petisyen kepada tiga responden iaitu Dr Aleef, SPR dan pengurus pilihan raya bagi DUN Sungai Udang.

Perbicaraan petisyen pilihan raya telah bermula pada 24 Mac selepas mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan ketiga-tiga responden itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad