web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Diplomat, Anak, Didakwa Tanam 102 Pokok Ganja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 12:14PM

Zainal Abidin Alias (dua dari kiri) dan anak lelakinya, Mohamed Rizal (dua dari kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menanam pokok ganja, bulan lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAUB - Seorang bekas diplomat dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menanam pokok ganja, bulan lepas. 

Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Dua beranak itu didakwa bersama-sama telah menanam sejumlah 102 pokok ganja di sebuah rumah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, Bentong pada 6.10 petang, 21 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang Mohammad Khalid Ab Karim, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan dan Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh manakala Rahmat memberitahu pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Jun lepas berhubung pertuduhan terhadap anak guamnya. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Julai.

Pada Jumaat lepas, mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 1,020 gram dadah jenis ganja dan menyimpan 60 mililiter minyak ganja dan bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohamed Rizal  juga berdepan pertuduhan menggunakan dadah jenis THC di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pada 8.40 malam, 23 Mei lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan