Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adunan Nilai Murni Sekolah Rendah, Universiti Mampu Pupuk 'Tabiat' Anti Rasuah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 9:00AM

Pendidikan mengenai integriti dan rasuah wajar dimulakan di peringkat sekolah, bersesuaian dengan umur dan tahap pemahaman mereka. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Kursus Integriti dan Pencegahan Rasuah yang diwajibkan kerajaan kepada mahasiswa bermula tahun depan, wajar diterapkan dalam kalangan murid sekolah rendah bagi memastikan ia mampu menjadi ‘tabiat’ sehingga mereka dewasa, seterusnya melahirkan generasi bebas rasuah.

Malah, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, umpama pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, subjek itu juga seeloknya dimulakan di peringkat prasekolah.

Bagaimanapun, katanya, usaha penerapan kepada golongan kecil itu, mestilah dilakukan berperingkat serta bersesuaian dengan umur dan tahap pemahaman mereka.

“Rasanya tidak perlu diwujudkan mata pelajaran khusus ‘anti rasuah’ di peringkat rendah persekolahan. Namun diterapkan kepada pelajarnya unsur nilai murni dan amalan baik dalam subjek serta aktiviti di sekolah, antaranya integriti, bersih, cekap, dedikasi serta bercakap benar. Perkenalkan ciri pemimpin sebenar, seperti sadiq, amanah, tabliq dan fatanah.

“Ini boleh diterapkan menerusi kokurikulum, seperti debat, bahas dan kelab anti jenayah, malah badan beruniform hendaklah memainkan peranan dalam usaha mendidik murid supaya bebas amalan itu.

“Didikan untuk mengamalkan nilai murni mengikut ajaran agama dan budaya serta disiplin jati diri juga perlu diterapkan ibu bapa sejak dari rumah bagi mengelakkan gejala rasuah bertapak di hati warganegara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Mohamad Ali berkata, apa sahaja usaha yang mampu memberikan nilai tambah kepada rakyat Malaysia berhubung soal integriti dan menjadi warganegara terbaik, termasuk memerangi rasuah, ia memang ada baiknya diperkenalkan sejak awal serta disokong semua pihak.

Usaha itu, jelasnya, boleh dilakukan dengan lebih mudah sekiranya tindakan undang-undang berterusan atau tidak bermusim diambil kepada mana-mana individu yang terbabit jenayah berkenaan, agar Malaysia mampu melahirkan warganegara sifar budaya rasuah.

Katanya, kerjasama dan pendekatan bersepadu antara pihak kerajaan, swasta, NGO serta media juga perlu dipertingkat untuk menghasilkan pengiktirafan watan dan antarabangsa, seperti Persepsi Indeks Rasuah Malaysia (CPI) dan Integriti Indeks yang dibanggakan, bukan dipersenda.

“Saya percaya ketika ini, NGO yang berkaitan anti rasuah, anti penyelewengan dan integriti dalam serta luar negara sudah hasilkan buku dan rujukan memfokuskan ilmu untuk pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah, termasuk prasekolah,” katanya.

Shahul Hamid Abd Rahim
Shahul Hamid Abd Rahim

Senada dengan pandangan itu, penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, jika dilihat silibus pendidikan agama dan moral sekolah rendah, secara am sememangnya nilai menjauhi perkara tidak baik, termasuk rasuah sudah diterapkan.

Namun, tegasnya, penerapan nilai itu harus diberikan secara serius dan mendalam kepada pelajar di peringkat IPT, seperti konsep, kesalahan serta keseriusan amalan rasuah bagi memberikan peringatan dan sebagai persediaan sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Shahul Hamid berkata, ‘kegagalan’ mengingatkan dan merancang kepentingan untuk mahasiswa menjauhi rasuah akan menyebabkan aktiviti itu berleluasa.

“Jadi bila mereka diberitahu mengenai keburukan amalan rasuah, risiko untuk mereka melakukannya pada ketika itu adalah kurang, mereka tahu benda ini salah dan hukumannya pun berat,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, beliau berkata, usaha membanteras amalan itu bukan setakat menguar-uarkan pendidikan pencegahan rasuah, sebaliknya sistem sedia ada harus dinilai semula serta ditambah baik.

“Sistem pendidikan, sistem pentadbiran negara dan sistem lain yang berkaitan pun kena tengok semula sebab kebanyakan punca amalan rasuah ni berlaku kerana kelemahan pada sistem itu sendiri, sehingga membolehkan ruang dan peluang untuk melakukan rasuah terbuka. Jadi perlu menilai semula semua perkara,” katanya.

Dr Murnizam Halik
Dr Murnizam Halik

Sementara itu, Profesor Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Murnizam Halik berkata, seseorang murid sekolah rendah masih belum boleh memahami ‘ilmu berat’, seperti maksud di sebalik istilah konsep rasuah.

Namun, katanya, bagi memupuk amalan menjauhi rasuah kepada kanak-kanak pada peringkat usia itu, apa boleh dilaksanakan adalah memperkenalkan satu bentuk program untuk mengajar nilai.

Manakala, nilai dipupuk itu juga bukan terus kepada rasuah, sebaliknya sebagai contoh, mengajar mereka membantu tanpa mengharapkan balasan.

Justeru beliau berkata, apabila nilai positif dipupuk dalam diri pelajar sekolah rendah, ia tersimpan ketika mereka sudah di peringkat menengah dan ke atas.

Ujarnya, pengajaran untuk memupuk nilai baik tidak boleh dilaksanakan menerusi sekali program dengan harapan sesuatu sikap tiba-tiba bertambah baik, sebaliknya apa yang penting ia dibuat sejak awal dan berterusan dalam tempoh tertentu.

“Kita ambil contoh kanak-kanak di Jepun yang keluar dari stadium, mereka bersihkan stadium, adakah kita perlu bagi kursus untuk ini supaya apabila keluar dari stadium, bersihkan stadium, tidak kan? Jadi itu pentingnya nilai menjaga kebersihan dipupuk dari awal, seperti dibuat di negara berkenaan supaya apabila sudah besar, mereka akan melakukan sesuatu amalan baik.

“Jadi kalau pelajar universiti ini kita nak suruh buang sampah, jaga kebersihan dengan hanya satu program, anda rasa adakah mereka membersihkan kawasan itu dan setiap kali nampak kotor mereka bersihkan? Tentu tidak boleh diterap secara tiba-tiba. Maksudnya asas nilai baik itu perlu dipupuk dari kecil supaya bila dah besar mereka dah tahu dah, bukan terus ajar tanpa mereka tahu.

“Usaha ini macam satu pendekatan, iaitu ‘kalau ada simptom sakit, diberi ubat tanpa mengetahui asas masalah’. Jadi apa yang penting ‘kita mencari apa asas masalah, bukan sekadar merawat simptom itu’,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya adakah penyampaian nilai itu harus dilakukan berulang kali dalam tempoh tertentu bagi memastikan kanak-kanak berkenaan mampu ‘menyerap’ ilmu diberikan, Murnizam berkata, ia bergantung kepada individu sendiri.

Jelasnya, ada kanak-kanak yang boleh menerima apa disampaikan hanya menerusi sekali penerangan, tetapi terdapat individu yang memerlukan penjelasan berulang kali.

Apapun, katanya, lebih penting nilai itu tidak dibuat sebagai berulang sehingga mereka bosan, tetapi diterapkan melalui program bersesuaian dan interaktif.

“Ini termasuk kita bagi program, contohlah aktiviti pengakap, di sebalik pengakap diajar macam mana ikat tali, kita ajar nilai membantu orang, menolong penduduk kampung. Kalau diterapkan melalui program tertentu di peringkat sekolah rendah, bermakna nilai itu dah menjadi suatu yang dipelajari dan habit, itu kita mahu,” katanya.

Meskipun sememangnya hasil program berkenaan tidak mencapai 100 peratus seperti disasarkan kerana kemampuan semua murid tidak sama, tetapi sekiranya nilai diajar itu diterima 50 peratus, ia sudah cukup bagus daripada langsung tiada sebarang perbezaan.

“Kena mula dari awal untuk pupuk nilai kanak-kanak dan buat dalam bentuk dia mudah faham dan boleh pupuk minat dia untuk memahami.

“Bagi memupuk nilai anti rasuah misalnya, mereka harus diajar juga bagaimana sikap membantu tanpa mengharapkan apa-apa yang jika dalam istilah psikologi disebut altruisme,” katanya ketika dihubungi. – Getaran, 8 Jun 2022

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa 1 hari yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Politik 9 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap