web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perhimpunan Veteran Tentera: Polis Rakam Keterangan 6 Individu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 7:28PM

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam individu dipercayai penganjur ‘Reunion’ Veteran 2022 di Taman Tugu Negara semalam, dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 susulan penganjuran perhimpunan tersebut.

Menurutnya, polis tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan terbabit seperti termaktub dalam akta berkenaan.

“Keenam-enam individu tersebut hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan. Tiada penahanan dibuat polis.

“Polis juga akan memanggil beberapa individu lagi yang dipercayai terbabit dengan penganjuran perhimpunan tersebut dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Terdahulu, kumpulan dikenali sebagai Suara Veteran dipercayai menganjurkan ‘Reunion Veteran 2022’ di Taman Tugu Negara bagi meminta kerajaan mempertimbangkan beberapa tuntutan mereka.

Tuntutan tersebut adalah menuntut pelarasan pencen dan pelaksanaan pencen kepada veteran tidak berpencen.  

Selain itu, mereka menuntut pengampunan kepada mantan tentera diberhentikan kerana salah laku, pencen anggota sukarela dikerah sepenuh masa dan kaji semula pencen hilang upaya veteran. - Getaran, 7 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ratu Naga Tidak Ditahan, Hanya Dipanggil Beri Keterangan - Azam Baki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Mr H' Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat - KPN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jana Wibawa: Tengku Zafrul Selesai Beri Keterangan Sebagai Saksi

4

Politik 3 tahun yang lalu

LCS: Polis Rampas Telefon Rafizi Bantu Siasatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek