web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Kaji Keperluan Naik Taraf BKKM Sebagai Pihak Berkuasa - KJ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 2:20PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan menaik taraf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebagai Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media selepas melancarkan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 bertemakan ‘Makanan Selamat, Kesihatan Terjaga’ di sini hari ini, Khairy berkata ia selaras perkembangan pesat teknologi pada masa kini dan keperluan di masa hadapan dalam aspek keselamatan serta kualiti makanan.

BKKM kini adalah sebuah bahagian di bawah KKM yang berperanan melindungi pengguna dalam aspek kualiti dan keselamatan makanan melibatkan proses penyediaan serta pengedaran makanan bagi memastikan pengguna menikmati makanan yang bersih dan tidak mengakibatkan keracunan makanan.

“Boleh dikatakan ia adalah rancangan jangka sederhana," katanya berhubung cadangan untuk menaik taraf BKMM itu.  

Khairy berkata penelitian itu juga merupakan sebahagian daripada kajian semula pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281) yang sedang dijalankan KKM ketika ini.

“Dari semasa ke semasa kita perlu kaji semula struktur perundangan sedia agar selaras dengan keperluan semasa,” katanya.

Akta 281 yang dikuatkuasakan pada Mac 1983 telah dipinda kali terakhir pada Jun 2006. Ia merupakan akta bagi melindung orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Khairy dalam pada itu mengalakkan pengusaha dan pengendali makanan di rumah supaya mendaftarkan perniagaan dengan BKKM untuk disenaraikan sebagai pemegang sijil penyedia makanan di rumah yang diakui KKM.

"Walaupun tidak diwajibkan, sijil berkenaan sebagai jaminan keselamatan terhadap produk makanan yang dihasilkan.

 "BKKM dapat pantau dan pengguna boleh memilih penyedia makanan yang ada sijil melalui laman sesawang BKKM. Ini dapat melindungi pengguna dan pastikan penyedia makanan mematuhi keperluan penyediaan makanan,” katanya.

Mengenai proses pendaftaran, beliau berkata setiap penyedia makanan perlu mengemukakan dokumen permohonan sokongan seperti slip pendaftaran premis, sijil perakuan penerimaan pelalian vaksin anti-tifoid, sijil Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf serta label makanan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi