web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


82,846 Kes HFMD Direkodkan Setakat 4 Jun - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 1:47PM

Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 23,305 kes setakat 4 Jun lalu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 82,846 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan hingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (4 Jun) yang menyaksikan peningkatan sebanyak 32 kali ganda berbanding 2,485 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika dibandingkan jumlah kes sebanyak 30,489 bagi tempoh sama pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda.

Beliau berkata kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 adalah 16,954 kes, menurun 9.3 peratus berbanding 18,688 pada ME 21/2022.

Dr Noor Hisham berkata hingga 4 Jun, Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 23,305 kes (28.13 peratus), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 9,540 kes (11.52 peratus), Perak 8,032 kes (9.7 peratus), Kelantan 5,782 kes (6.98 peratus) dan Johor 5,234 kes (6.32 peratus).

“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90 peratus), diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dengan 6,520 kes (lapan peratus) manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 1,485 kes (dua peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham - Gambar fail
Dr Noor Hisham - Gambar fail

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun ini adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).

Beliau berkata sehingga kini, terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan kes pertama dan kedua dimasukkan kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU manakala kes ketiga telah sihat dan dibenarkan pulang pada 31 Mei lepas.

Sehingga kini, sebanyak 1,746 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 562 wabak (32.2 peratus), diikuti Selangor 208 wabak (11.9 peratus) dan Sarawak 206 wabak (11.8 peratus).

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan prasekolah iaitu 1,059 wabak (61 peratus) diikuti oleh rumah persendirian dengan 605 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 56 wabak (tiga peratus),” katanya.

Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

Menurut Dr Noor Hisham setakat 4 Jun, sebanyak 1,346 premis taska/tadika/tabika/prasekolah telah ditutup meliputi 305 premis yang ditutup secara sukarela dan 1,041 premis ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, beliau menyeru ketua jabatan dalam perkhidmatan awam untuk mengambil berat berkenaan kemudahan cuti menjaga anak yang dijangkiti HFMD dan mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan menangani penularan kes itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan