Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


1,021 Terima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 10:00AM

Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali - Gambar dari olympic.org.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Seramai 18 individu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Tiga pegawai kanan perkhidmatan awam yang menerima PSM ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Dr Azmi Rohani.

Turut menerima PSM ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.  

Mohd Annuar Zaini - Gambar fail Bernama
Mohd Annuar Zaini - Gambar fail Bernama

Selain itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia Datuk Low Kian Chuan, bekas Presiden dan Pengarah Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Farid Alias, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengarah Eksekutif United U-Li Corporation Berhad Datuk Lee Yoon Kong.

Turut menerima PSM Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, Pengasas dan Pengarah Urusan T.A.G. Marine Sdn Bhd Datuk Seri Dr Noormustafa Kamal Yahya, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta bekas Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan, bekas Menteri Pendidikan Tinggi dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh serta bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Datuk Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan antara 23 penerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Penerima PJN lain ialah Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rostam Affendi Salleh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Azhahari Kamal Ramli, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel, Timbalan Gabenor Bank Negara Chew Cheng Lian dan bekas pemain badminton negara Foo Kok Keong.   

Tiga penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran ‘Datuk’ ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Jazmanie Shafawi, Ketua Protokol di Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Juruiring Yang di-Pertuan Agong ke-16, Laksamana Pertama Datuk Shahrum Shaim.

Seramai 48 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara (JMN) termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Bagi darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) pula sebanyak 67 individu disenaraikan sebagai penerima termasuk bekas Juruiring Perdana Menteri SAC Nik Ezanee Mohd Faisal.

Penerima tunggal bagi Darjah Johan Setia Diraja (JSD) dikurniakan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman DCP Muhammad Abdul Halim.

Seramai 183 individu dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuk Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia Kuan Chee Heng, Exco Pergerakan Puteri UMNO Naszriah Ngasri dan Penasihat Persatuan OKU Sentral Mohd Radzi Wahab.

Tahun ini juga menyaksikan seramai tujuh individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) dan 250 dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) termasuk Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Bakri Darus manakala 377 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) serta 43 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

2

Semasa 2 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

3

Semasa 4 hari yang lalu

Agong Hargai Pengorbanan Warga PDRM, Zahir Ucapan Selamat Hari Polis Ke-217

4

Semasa 6 hari yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur