web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Gandum Mencukupi - KPDHNEP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 5:04PM

Bekalan makanan asas itu setakat ini mencukupi di pasaran namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan tepung gandum dalam negara adalah stabil dan mencukupi.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Katanya rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini adalah mencukupi, namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus.

“Daripada segi bekalan tak terjejas… cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dengan Rusia dan kedua kos pengangkutan yang naik dengan mendadak.

“Berkenaan gandum am bersubsidi, ia adalah gandum khusus untuk kegunaan B40, jadi pengurangannya tidak menjejaskan peniaga yang buat roti canai, kuih dan sebagainya,” katanya selepas meninjau program Jualan Kedai Prihatin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata kerajaan tetap memantau harga minyak sawit campuran di pasaran, walaupun produk itu tidak termasuk dalam senarai barangan kawalan.

Menurutnya pengguna boleh membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk berkenaan dengan harga yang terlampau tinggi.

“Yang kita kawal ialah minyak masak sawit tulen satu hingga lima kilogram. Kalau ada peniaga jual lebih daripada harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2021).

“Tetapi jika ada peniaga yang ambil untung melampau atas jualan minyak sawit campuran, boleh buat aduan dan kita akan ambil tindakan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi