web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarkan Garis Panduan Jelas Larangan Kenderaan Berat Pada Waktu Puncak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 9:00AM

Garis panduan berhubung pelaksanaan larangan penggunaan jalan raya perlu diuar-uarkan menerusi media. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu mengeluarkan garis panduan jelas berhubung pelaksanaan larangan penggunaan jalan raya pada waktu puncak di laluan utama sekitar Lembah Klang, membabitkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua berkata, garis panduan jelas itu dapat mempertingkatkan pemahaman golongan pemandu kenderaan berat dan seterusnya menangani isu kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Menurut beliau, garis panduan jelas tersebut perlu diuar-uarkan menerusi media, terutama berhubung keluasan kawasan terlibat secara spesifik, sekali gus dapat memberi gambaran tepat mengenai larangan berkenaan.

“Jika saya seorang pemandu lori, pasti ada persoalan di mana kawasan itu? (Adakah) saya memandu nanti kena saman? Justeru, mereka perlu diberitahu sebetul-betulnya di mana kawasan larangan tersebut.

“Ada dilaporkan di akhbar bahawa pihak berkuasa akan menaikkan papan tanda yang jelas mengenai larangan itu. Ya … mereka perlu membuat langkah sebegini.

“Ini termasuk memaklumkan di media berhubung kawasan terlibat. Beritahu secara sejelasnya supaya pihak pemandu kenderaan komersial itu, memahami dan seterusnya menjalankan tugasan yang baik serta mengurangkan impak kepada perniagaannya,” katanya.

Profesor Dr Law Teik Hua
Profesor Dr Law Teik Hua

Media sebelum ini melaporkan, kenderaan berat dengan muatan melebihi 7.5 tan ke atas dilarang menggunakan jalan raya pada waktu puncak, terutama di laluan utama sekitar Lembah Klang.

Larangan tersebut dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang.

Hakikatnya, Teik Hua berkata, larangan kenderaan berat pada waktu puncak itu adalah langkah baik dalam melancarkan atau meningkatkan pergerakan pengangkutan (mobility level of the transport), terutama dengan kesesakan yang berlaku ketika ini.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan larangan tersebut adalah langkah segera yang wajar dan jika dilaksanakan dengan betul, hasilnya dapat dirasai segera.

Selain itu, Teik Hua berpendapat, pihak berkuasa termasuk JPJ perlu mengkaji semula tempoh masa ditakrifkan sebagai waktu puncak itu, selain keluasan kawasan yang dikategorikan laluan utama dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau menarik perhatian, aspek penguatkuasaan pastinya memainkan peranan penting dalam memastikan objektif menangani kesesakan lalu lintas tercapai.

Namun katanya, masyarakat awam juga perlu memainkan peranan masing-masing.

Menurutnya, masyarakat awam boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang pelanggaran larangan tersebut oleh mana-mana pemandu kenderaan berat.

Teik Hua turut menegaskan, Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi JPJ perlu bersedia melakukan penilaian, sama ada langkah dijalankan selama ini berhasil atau sebaliknya.

“Jangan kata kita buat, kita buat sahajalah … Bukan begitu caranya, kita kena lihat sama ada ia berkesan atau pun tidak signifikan.

“Mungkin selain daripada memikirkan larangan tersebut, adakah ada langkah lain untuk dijalankan serentak. Kita tidak boleh berharap sesuatu langkah semata-mata akan berhasil,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Amalan Buruh Paksa Dalam Negara Terkawal

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad