web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kegagalan Kekalkan Budaya Membaca 'Bunuh' Industri, Karyawan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 10:27PM

PBAKL siri ke-39 bermula semalam sehingga 12 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan untuk mengekalkan budaya membaca di negara ini bukan sahaja ‘membunuh’ industri buku, tetapi juga karyawannya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata, kegagalan itu turut menjejaskan dan menghancurkan usaha kerajaan dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya. 

Beliau menambah, seluruh rakyat diseru menerapkan budaya membaca bagi melahirkan masyarakat bertamadun, berilmu pengetahuan dan berkeperibadian unggul.

Menurutnya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) adalah acara buku terbesar negara yang mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri buku dan memupuk budaya membaca serta mewujudkan masyarakat celik ilmu.

“Kerajaan akan terus menyokong PBAKL, pesta buku serta sebarang aktiviti penerbitan buku sebagai perusahaan pendidikan dan budaya bagi memperkukuh budaya membaca Keluarga Malaysia.

“Kementerian Pendidikan (KPM), melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan agensi berkaitan, hendaklah melaksanakan usaha lebih giat bagi memajukan industri penerbitan buku tempatan serta menggalakkan aktiviti berkaitan dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini. 

Yang turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

PBAKL siri ke-39 itu bermula semalam sehingga 12 Jun depan. 

Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan, bagi menghasilkan buku berkualiti dan seterusnya memperkasakan industri tersebut, pihak pengarang, penerbit dan semua pemegang taruh dalam industri buku secara amnya perlu memainkan peranan masing-masing.

Tambahnya, usaha tersebut dapat menyokong pertumbuhan dan memupuk kelangsungan pembinaan negara bangsa melalui budaya membaca.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa PBAKL yang diadakan pada tahun ini, menerima sambutan menggalakkan apabila disertai 167 pempamer dari dalam dan luar negara.

Malah, ujarnya, ia dimeriahkan dengan pembukaan sebanyak 709 reruai oleh pemain industri buku dan rakan strategik PBAKL, sekali gus menjadi ‘syurga’ bagi pencinta buku.

“Paling memberangsangkan pesta buku kali ini turut menyasarkan kehadiran seramai 700,000 hingga sejuta orang pengunjung secara bersemuka di WTC,” katanya. 

Dalam pada itu, Radzi ketika berucap berkata, langkah kerajaan menyusun semula sistem pentaksiran di sekolah dalam tempoh dua tahun ini, mempunyai objektif untuk membentuk generasi masa depan yang mencintai ilmu. 

Jelasnya, generasi masa depan itu adalah pewaris negara yang mempunyai bidang ilmu diminati tanpa dikekang ruang kreativiti dan pilihan ilmu mereka. 

“Daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, mereka mempunyai ruang masa cukup luas untuk mendalami pelbagai bidang ilmu,” katanya. - Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan