Berita Terkini

11 jam yang lalu: Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus 11 jam yang lalu: Tempoh tiga tahun untuk PBS tampil presiden baharu - Ongkili 14 jam yang lalu: Rafidah Aziz letak jawatan sebagai pengerusi AirAsia X 15 jam yang lalu: Masa depan Australia saling berhubungkait dengan masa depan Asia Tenggara dan ASEAN - Menteri Luar Australia 16 jam yang lalu: Polis Melaka tahan 20 individu, tumpaskan 5 kumpulan jenayah

IKUTI KAMI


Kes Khatan: Kelewatan Kakitangan Perubatan Bertindak Punca Alat Sulit Gagal Diselamat - Hakim

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan seorang lelaki yang kepala zakarnya terpotong semasa berkhatan 12 tahun lepas, telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulit beliau.

Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei lepas, berkata ketika menyunatkan plaintif yang ketika itu berusia 10 tahun, seorang pembantu hospital di Hospital Kuala Lipis secara tidak sengaja telah terpotong keseluruhan kepala zakar mangsa.

"Bahagian alat sulit yang terpotong itu ditemui dan beliau (pembantu hospital) cuba menyambungnya semula dengan jahitan. Insiden itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata petugas itu telah memaklumkan Hospital Kuala Lipis mengenai insiden itu pada 10.45 pagi dan hospital tersebut sepatutnya bertindak menyediakan segera sebuah ambulans untuk menghantar plaintif ke Hospital Selayang.

"Bagaimanapun, dengan melengahkan pemindahan plaintif ke Hospital Selayang dan sebaliknya menghabiskan masa menyelesaikan perkara yang remeh, mahkamah mendapati pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis telah melanggar kewajipan statutorinya untuk memberikan rawatan segera," katanya.

Hakim itu juga berkata terdapat keterangan lanjut bahawa Hospital Selayang telah dimaklumkan mengenai pemindahan plaintif namun kakitangan perubatan terbabit tidak mengambil langkah untuk melakukan persiapan kemungkinan pembedahan dilakukan.

"Terdapat kelewatan lanjut dalam menjalankan pembedahan yang dilakukan pada lewat petang iaitu kira-kira 10 jam selepas insiden itu. Mahkamah mendapati kakitangan perubatan yang terbabit di Hospital Selayang telah melanggar kewajipan mereka dengan melengahkan pembedahan," katanya.

Pada 7 April lepas, Akhtar memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada lelaki berusia 22 tahun itu selepas membenarkan samannya terhadap kerajaan dan empat lagi iaitu pegawai perubatan serta pengarah di Hospital Kuala Lipis dan pakar serta pengarah Hospital Selayang.

Lelaki itu, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Disember 2010 ke atasnya tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.

Susulan insiden itu, ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami kecacatan kekal dan menjadi seorang  yang pendiam.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata mahkamah mengambil maklum bahawa terdapat dua pandangan berbeza dalam keterangan pakar yang dipanggil dalam kes ini. 

"Satu pandangan ialah kelewatan yang berlaku tidak memberikan sebarang kesan kerana kecederaan yang dialami adalah terlalu serius dan mustahil untuk menjalankan pembedahan yang berjaya meskipun ia dilakukan dengan segera.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk menerima keterangan pakar bahawa kelewatan melakukan pembedahan telah menyebabkan keadaan menjadi mustahil untuk pembedahan itu berjaya," katanya.

Beliau berkata justeru, mahkamah merumuskan bahawa pegawai perubatan yang merawat plaintif telah melanggar kewajipan mereka dan oleh itu, cuai dalam menjalankan tangungjawab masing-masing serta telah menyebabkan semua kerugian yang dialami oleh mangsa.

Akhtar berkata kerugian utama yang dialami oleh plaintif ialah kehilangan aset paling berharga yang dimiliki oleh seorang lelaki. 

"Sudah pasti tiada apa yang dapat mengantikan kehilangan ini. Segala rasa malu dan penghinaan yang dihadapi oleh plaintif adalah disebabkan oleh kehilangan yang maha dahsyat ini,” katanya sambil menambah bahawa tiada wanita yang tahu mengenai keadaan plaintif itu mahu berkahwin dengannya. - Bernama

Sorotan

1

Polis Yakin Tumpas Kumpulan ‘Tiger’ Susulan Rampasan Koleksi Senapang Dalam Reban

2

Adakah Kerajaan Takut Dengan Video TikTok, Rasa Kedudukan Terancam?

3

Digelar ‘Hawkeye Malaysia’, Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang Dipuji Netizen

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

229 Penagih Ditahan, Lebih 17 Kilogram Ganja Dirampas

oleh Fitri Nizam

Semasa 12 jam yang lalu

Bayaran Tambahan BKM Terus 'Diperdebatkan', Kerajaan Digesa Rancang Bantuan Jangka Panjang

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 17 jam yang lalu

Peguam Didakwa Pecah Amanah RM1.5 Juta

Semasa 1 hari yang lalu

Budak Lelaki 11 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tali Air Ketika Memancing