web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCA Selangor Tempelak Kerajaan Negeri Suruh Rakyat Hapus Nyamuk 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:55PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA Selangor menempelak kenyataan kerajaan negeri itu yang didakwa meminta rakyatnya menghapuskan Aedes bagi mengekang kes denggi, termasuk melakukan penyemburan kabus di rumah untuk membunuh nyamuk terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri, Datuk Ng Chok Sin berkata, adalah menjadi tanggungjawab asas setiap kerajaan untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan nyawa rakyat di negerinya.

“Sepatutnya, pengawalan kes denggi adalah tanggungjawab kerajaan negeri, termasuk pelaksanaan kerja pembersihan sampah dan longkang kotor, air tersumbat, kawasan takungan air serta lain-lain.

“Tetapi nampaknya, kerajaan Selangor bukannya menggalas tanggungjawab ini, sebaliknya menyerahkan pula tugas ini kepada rakyat setempat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Chok Sin seterusnya melontarkan persoalan sama ada kerajaan negeri mengetahui bahawa semburan hanya membunuh nyamuk dan bukan jentik-jentik.

Beliau berkata, jentik-jentik tidak akan mati dengan semburan itu, justeru usaha membasmi Aedes perlu dipertingkatkan menerusi pelbagai pendekatan.

Menurut Indeks Demam Denggi terbaharu, tambah beliau, Selangor mencatatkan kes paling tinggi dengan 920 kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari dan sembilan kes kematian.

“Ini adalah peningkatan kes mencecah 52.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas,” katanya.

Tambah Chok Sin, sebanyak 16,145 kes denggi dilaporkan di seluruh negara, iaitu peningkatan 52.4 peratus, berbanding 15,597 kes dalam tempoh sama pada tahun 2021.

“Sejumlah 41 kawasan ‘hotspot’ dikenal pasti di seluruh negara dengan 36 di Selangor, berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan tiga hotpsot, sedangkan di Melaka serta Sabah masing-masing hanya ada satu hotspot.

“Sebagai negeri paling kaya dan maju, takkanlah kerajaan Selangor tidak mampu menangani kes ini? Apakah kerajaan negeri tidak peduli akan nyawa rakyatnya?,” soalnya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam