web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan GST Buat Rakyat Sengsara, Kerajaan BN Memang 'Cap Ayam'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 6:45PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ mengembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atas alasan untuk mengukuhkan kewangan negara semata-mata adalah tindakan regresif yang akan menyumbang kepada inflasi lebih tinggi.

Pengerusi Biro Pengguna Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, sekiranya pelaksanaan cukai itu direalisasikan serentak dengan pemotongan subsidi, ia bakal mewujudkan kesan lebih teruk terhadap kuasa membeli rakyat. 

Lebih membimbangkan, katanya, penarikan balik subsidi kepada penternak ayam berjumlah RM720 juta yang diumumkan sebelum ini adalah bukti kerajaan gagal menstabilkan harga ayam. 

“Dalam wawancara di Tokyo baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa GST mungkin kembali dan kerajaan akan melaksanakan program rasionalisasi subsidi. Barangkali, Ismail Sabri sudah lupa bahawa antara sebab utama kejatuhan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah pelaksanaan cukai itu dan rasionalisasi subsidi dalam tempoh sama.

“Ismail Sabri jangan lupa bahawa inflasi Malaysia pernah melonjak ke paras 4.2 peratus pada Februari 2016, iaitu kurang setahun pelaksanaan GST. Kemudian, inflasi melonjak ke paras 5.1 peratus pada Mac 2017, berpunca tindakan kerajaan kleptokrat Najib memansuhkan subsidi bahan bakar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Faiz Fadzil - Gambar fail
Faiz Fadzil - Gambar fail

Jika dibandingkan dengan tempoh pentadbiran PH, Faiz menegaskan, inflasi tidak pernah sama sekali melepasi kadar dua peratus dan pernah turun sehingga 0.2 peratus ketika gabungan tersebut menjadi kerajaan.

“Satu daripada faktor utama PH berjaya mengawal tekanan harga adalah dengan menggantikan cukai GST dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Jika kerajaan Ismail Sabri memperkenalkan kembali sistem itu, terutamanya dalam tempoh setahun akan datang, inflasi bakal menjadi lebih teruk kerana faktor gangguan rantaian bekalan dunia terus wujud. 

“Ia akan menjadi satu tamparan berganda buat rakyat Malaysia. Tak perlulah BN (Barisan Nasional) terdesak untuk justifikasi GST bagi menambah pendapatan negara sedangkan hasil sistem cukai itu adalah dari poket rakyat. Cukup-cukuplah mendera rakyat yang semakin sengsara hari ini,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri menegaskan, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri ketiga negara sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 (PRU-14) pada 2018 mengakui, kerajaan mempertimbangkan beberapa tindakan ekonomi yang mungkin dilihat pengguna sebagai menambah beban kos sara hidup mereka, iaitu memperkenalkan semula GST.

Dalam pada itu, Faiz berkata, GST bukan cara tunggal bagi menaikkan hasil pendapatan negara kerana sepanjang pemerintahan PH, beberapa sumber hasil alternatif dikenalpasti dan dijana secara optimum. 

Pada masa sama, menurutnya, Jawatankuasa Reformasi Cukai diperkenalkan untuk mengurangkan ketirisan sistem percukaian dan menambahbaik kutipan cukai. 

“Antara cara lain diperkenalkan untuk menambah hasil cukai adalah pengenalan Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP), cukai perkhidmatan atas perkhidmatan diimport, levi pelepasan dan cukai atas minuman bergula.

“Hasilnya, kutipan cukai langsung pada tahun 2019 adalah RM134.72 bilion, iaitu 16.1 peratus lebih tinggi berbanding kutipan cukai langsung pada 2017 di bawah pemerintahan Najib Razak. Cukai pendapatan individu, misalnya menyumbang RM38.68 bilion tahun 2019, hampir 34 peratus lebih tinggi berbanding RM28.95 bilion, enam tahun lalu.

“Jika GST diperkenalkan kembali berserta rasionalisasi subsidi, rakyat Malaysia akan mengalami gelombang hiper-inflasi yang besar. Inflasi makanan mencecah 4.1 peratus setakat April 2022 dan boleh menjadi lebih teruk dengan kenaikan harga barang mendadak.

“Amat menghairankan Najib menempelak kerajaan PH sedangkan yang melaksanakan GST adalah dia sendiri. Di zaman Najib harga barang naik, di zaman Ismail Sabri pun harga barang tinggi, maka BN sebenarnya Kerajaan Cap Ayam,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad