web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selesaikan Kesesakan Pejabat JPJ, Guna Hasil Kutipan Pertingkat Fasiliti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 4:00PM

Orang ramai terpaksa beratur panjang hingga ke lorong belakang untuk berurusan di pejabat cawangan JPJ. - Gambar dari Facebook Hannah Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Timbalan Menteri, Hannah Yeoh hari ini membangkitkan isu kesesakan di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lembah Klang dan mencadangkan supaya hasil kutipan diperoleh agensi kerajaan tersebut digunakan untuk menambah fasiliti, kaunter serta pejabat cawangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, buat masa ini terdapat hanya empat cawangan JPJ di Kuala Lumpur, iaitu di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Menjalara dan pejabat JPJ Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur di Pudu Sentral, manakala di Selangor, cuma tujuh cawangan.

Hannah Yeoh - Gambar fail
Hannah Yeoh - Gambar fail

Menurut mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, jumlah tersebut semestinya tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada populasi Lembah Klang yang begitu padat.

“Saya sendiri sudah melawat cawangan Bandar Menjalara di Segambut dan melihat barisan menunggu yang terlalu panjang sehingga ke lorong belakang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Suasana di pejabat cawangan JPJ di Bandar Menjalara, yang dipenuhi dengan orang ramai yang terpaksa beratur panjang untuk berurusan dengan JPJ.
Suasana di pejabat cawangan JPJ di Bandar Menjalara, yang dipenuhi dengan orang ramai yang terpaksa beratur panjang untuk berurusan dengan JPJ.

Hannah seterusnya menggesa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menambah baik sistem sokongan bagi memastikan perkhidmatan dalam talian berjalan efektif dan menyeluruh.

Ujarnya, ia termasuk memperuntukkan alatan kemudahan terkini yang boleh membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan JPJ kepada orang ramai.

Ketika ini, tambah beliau, masalah yang sering mengganggu urusan adalah seperti mesin Percetakan Nasional kerap rosak untuk percetakan lesen, selain masalah rangkaian (network down) akibat jumlah talian internet atau lebar jalur (bandwidth) dikawal Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), selalu tidak stabil.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang berjam-jam bagi menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter yang berkurangan akibat gangguan terbabit.

“Saya menuntut kesungguhan Menteri Pengangkutan untuk melakukan perubahan ini dengan segera jika beliau benar-benar prihatin kepada masalah pengguna dan pegawai yang bertugas di pejabat cawangan JPJ.

“Sebagai agensi yang mengutip hasil begitu tinggi setiap hari, adalah tidak wajar bagi rakyat membazirkan masa dalam barisan menunggu, semata-mata untuk memberikan hasil kepada kerajaan.

“Pastikan tenaga kerja dan peruntukan pejabat yang mencukupi disalurkan kepada Lembah Klang dengan segera, terutamanya di cawangan Menjalara yang terletak di kawasan Parlimen Segambut,” katanya.

Menurut beliau, teguran Ketua Setiausaha Negara supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti tindakan boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu, seharusnya dipanjangkan juga kepada isu penting membabitkan perkhidmatan asas kerajaan kepada rakyat.

“Fokus isu asas seperti ini dulu supaya menyenangkan hidup rakyat dan pembayar cukai yang amat terkesan dengan harga barang naik serta birokrasi pentadbiran. Masa itu emas untuk semua,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad