Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mansuh PT3: Usaha Negara Keluar Dari 'Kepompong' Pembelajaran Berorientasi Peperiksaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 12:56PM

PT3 yang dilaksanakan sejak 2014 akan dimansuhkan mulai tahun ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) disifatkan antara langkah awal negara untuk keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), Muhammad Zakir Abdul Razak, ia kerana pihaknya melihat pendidikan bukan semata-mata mendapatkan gred dan markah.

Katanya, makna pendidikan yang sebenar adalah membina karakter dan insaniah dalam diri setiap pelajar.

“Selama ini, kebanyakan guru akan menumpukan perhatian terhadap persiapan peperiksaan besar, termasuk mempersiapkan murid.

“Guru terpaksa segera menghabiskan silibus dengan pelbagai cara termasuklah melalui latih tubi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Zakir berkata, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sebalik pembatalan PT3, turut dilihat langkah bagus bagi mengurangkan tekanan guru dan murid.

“Pentaksiran ini akan melibatkan murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6, selain pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, 2 serta 3.

“Pelaksanaan pentaksiran untuk mengukur tahap penguasaan dan prestasi murid secara formatif serta sumatif ini, dilihat sebagai salah satu langkah mengurangkan tekanan guru dan murid,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Zakir berkata, PEPIAS mencadangkan KPM mengambil kira kegusaran sesetengah pihak mengenai murid tiada motivasi dan kesungguhan dalam pembelajaran apabila peperiksaan dimansuhkan.

Katanya, KPM juga perlu memperincikan mekanisma yang memudah dan mengurangkan beban guru dalam menjalankan pentaksiran.

Beliau berkata, murid sepatutnya diberi ruang seluasnya untuk membina keupayaan diri berdasarkan potensi masing-masing.

“PEPIAS percaya jika proses ini diperkasakan, kita bakal melahirkan generasi lebih berupaya dan berkarakter.

“Apapun, PEPIAS menyambut baik pemansuhan pembelajaran berorientasi peperiksaan dan PT3,” katanya.

Mohd Radzi Jidin - Gambar fail
Mohd Radzi Jidin - Gambar fail

Semalam, menerusi sidang media, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memaklumkan KPM memansuhkan PT3 yang dilaksanakan sejak 2014, bermula tahun ini.

Dengan pemansuhan PT3, PBS yang membabitkan tiga komponen, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) diperkasakan.

Menurut Mohd Radzi, biarpun kini tiada peperiksaan PT3 dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), penguasaan serta pencapaian murid boleh diukur menerusi pentaksiran secara sumatif yang dilaksanakan pada akhir tahun.

Keputusan kementerian memansuhkan sistem penilaian akademik itu, katanya, bermatlamat membina kemenjadian dan kompetensi murid.

Usaha itu juga, tegasnya, memberi ruang untuk melaksanakan intervensi terhadap murid yang didapati ketinggalan serta tidak mendapat tahap penguasaan sepatutnya.

Sementara itu, memberikan respon senada adalah Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang menyifatkan penghapusan PT3 mengurangkan pendekatan orientasi peperiksaan dalam sistem pendidikan negara, malah pendekatan itu harus dilaksanakan secara menyeluruh tanpa ‘sedikit demi sedikit’.

Justeru, katanya, pedagogi perlu dirubah untuk memenuhi tuntutan pendekatan baharu, seperti sebagai contoh bidang sains, ia wajar mempratikkan penghayatan dan peningkatan minat terhadap bidang itu lebih penting daripada pencapaian akademik.

“Oleh itu pedagogi Sains seperti Inquiry Based Science Education (IBSE) hendaklah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara yang baharu.

“IBSE sudah sekian lama kita buat pilot study sejak saya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dahulu,” katanya.

Wilfred berkata, penilaian psikometrik juga perlu diperkenalkan sebagai penilaian kendiri pelajar untuk mengetahui kekuatan, kelemahan dan bakat mereka.

Ujarnya, semua penilaian itu adalah untuk memperbaiki diri, seterusnya mengetahui laluan masa depan pengajian yang akan diikuti di peringkat universiti.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga perlu dijadikan sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan seperti di Jerman.

“Langkah kita memperjuangkan penubuhan Malaysian Board of Techonologist (MBOT) semasa saya Menteri MOSTI adalah untuk memberi pengiktrifan dan pemerkasaan TVET di negara ini.

“Rakyat ingin melihat reformasi sistem pendidikan yang mampu memacu keperluan kelansungan hidup rakyat melangkaui tuntutan akedamik semata-mata. Biarlah reformasi itu menyeluruh dan bukannya ‘piecemeal’,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Semasa 1 jam yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki