web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek Lebuh Raya Baharu Akan Dibiayai Pihak Konsesi - Fadillah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:27AM

Fadillah Yusof - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Semua projek lebuh raya baharu, termasuk tiga yang bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, tidak akan mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kos projek terbabit dan sebarang risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi.

“Untuk semua lebuh raya baharu, tiada lagi bantuan kewangan daripada kerajaan malahan tanah pun tiada bantuan. Dulu kalau kita buat lebuh raya, pengambilan tanah ditanggung oleh kerajaan sebahagiannya.

“Sekarang ini tiada lagi pinjaman mudah, semuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi yang berminat buat lebuh raya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Bagi Tahun 2021 dan 2022 di sini semalam.

Sebelum ini, media melaporkan projek Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD LINK), Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE) dan Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE) mendapat kelulusan berprinsip daripada kerajaan.

Pada 4 April lepas, Fadillah berkata kerajaan mengalu-alukan pihak swasta mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya lain bagi penstrukturan semula dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan kerajaan.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat konsesi termasuk Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar