web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penularan Video Dera ‘Stun Gun’, Insiden Berlaku Di Luar Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 9:26PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua mangsa ugut dan dera dengan alat renjatan elektrik (stun gun) yang video mereka tular sebelum ini, dipercayai bukan warga Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata, kesemua tersebut juga berlaku di luar negara.

“Polis mengambil maklum mengenai penularan kedua-dua video tersebut. Mangsa dipercayai bukan warganegara Malaysia dan kesemua insiden tersebut berlaku di luar negara.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan setiap video tersebut kerana dikhuatiri mampu mencetuskan kegusaran apabila kesahihannya tidak dapat dipastikan,” katanya.

Baru-baru ini tular dua video berdurasi kira-kira 54 saat dan 1 minit 47 saat di media sosial.

Dalam video pertama, seorang wanita dipercayai warga Vietnam digari di atas katil dan diugut dengan alat renjatan elektrik manakala video kedua, seorang lelaki didera dengan kaedah sama, juga di atas katil.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata, polis amat mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat sekiranya mempunyai maklumat tentang perkara tersebut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad