web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Samun, Cederakan Wanita, 2 Lelaki Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 12:05PM

P Sathiah (kanan) dan A Sithambaram (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak dan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak dan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu.

Tertuduh, P Sathiah, 43, dan rakannya, A Sithambaram, 32, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama-sama melakukan rompakan terhadap suatu harta iaitu wang tunai SGD 110,000 (RM345,730) milik seorang wanita dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Kejadian didakwa dilakukan di belakang kedai pengurup wang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum di sini pada jam 10.10 pagi, 29 April lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhayati Muhammad Fathullah tidak bercadang menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara dan membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam Syufri A Samad yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum diberikan kepada anak guamnya, dengan alasan masing-masing mempunyai tanggungan.

“Sathiah bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,600 sebulan dan menanggung isteri serta dua anaknya berusia berusia enam dan lapan tahun.

“Manakala, Sithambaram tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung ibunya berusia 55 tahun yang menghidap kencing manis serta asma,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM12,000 setiap seorang dengan syarat tambahan, mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Selain itu, mahkamah melarang tertuduh mengganggu mangsa dan pasport antarabangsa mereka perlu diserahkan kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk serahan dokumen pada 5 Julai depan.

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan media memaklumkan, polis menahan suspek kes samun itu pada 23 Mei lalu dan merampas semula sejumlah wang yang disamun serta motosikal yang digunakan ketika kejadian.

Beliau berkata, mangsa dalam insiden itu cedera di bahagian tangan kiri dan menerima 37 jahitan. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad