web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PBM Belum Masuk BN, Surat Masih Belum Hantar - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 7:57PM

Ahmad Zahid mengesahkan, perkara tersebut adalah satu keperluan buat BN sebelum menerima masuk mana-mana parti. - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) masih belum menerima surat permohonan daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi menyertai gabungan tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, perkara tersebut adalah satu keperluan buat BN sebelum menerima masuk mana-mana parti, selaras dengan objektif serta matlamat gabungan.

“(PBM) dia tidak dan belum hantar surat permohonan,” katanya ringkas kepada media selepas Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN sedang menimbangkan pemilihan calon dalam kalangan parti gabungan itu (Friends of BN) bagi bertanding pada PRU-15 nanti.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, ia perlu menjadi satu kepastian kerana parti gabungan itu banyak berjasa dalam membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil (PRK) dan negeri sebelum ini.

“Soalan yang ditanya itu sesuatu hampir pasti tak boleh disahkan sekarang kerana belum jelas lagi dan kita belum lagi nak PRU. BN ini seperti adik beradik dan sebab itu kita akan berunding. Mereka (Freinds of BN) dah banyak kali tolong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Takkan kita tak beri peluang. Insya-Allah, saya akan berunding dengan semua presiden parti komponen dan Top 5 dalam kepemimpinan UMNO. Kita pun sudah banyak kali berbincang dengan lima pemimpin teratas mengenai PRU-15 nanti,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan Buruk PRN, UMNO-BN Lakukan Introspeksi Menyeluruh - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan