web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehilangan Terjawab, 2 Remaja Ditemui Mati Dalam MPV

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 2:53PM

Kedua-dua remaja terbabit dipercayai sudah meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehilangan dua remaja berusia 19 tahun di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu akhirnya terjawab selepas mayat keduanya ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diparkir sebuah residensi dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat kedua-dua sahabat tersebut kira-kira jam 8.26 malam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota ditugaskan ke lokasi untuk menjalankan siasatan sebaik menerima laporan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat satu mayat seorang perempuan di bahagian penumpang depan manakala mayat lelaki berada di bahagian penumpang belakang kenderaan berkenaan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah, justeru kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya hari ini.

Muhammad Idzam berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua remaja terbabit dipercayai sudah meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu.

“Mayat kedua-dua remaja tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini keputusan punca sebenar kematian kedua-dua mereka masih belum diperoleh,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, dua laporan polis mengenai kehilangan dua mangsa diterima daripada keluarga masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, laporan polis dibuat selepas keluarga gagal menghubungi kedua-dua mangsa.

“Seorang daripada mereka adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala seorang lagi bakal mendaftar masuk ke maktab perguruan,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 37 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan