Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 2:05PM

Pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran yang jelas terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta kawasan sekitarnya. - Gambar dari twitter Times Of Gaza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa serta kawasan sekitarnya pada Ahad.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran yang jelas terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta kawasan sekitarnya.

Serbuan terbaharu di Masjid Al-Aqsa itu sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah dan pelampau Israel yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam serta di luar rantau itu, menurut kenyataan itu.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Israel menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan, kata Wisma Putra.

"Malaysia berdiri teguh dengan solidariti bersama rakyat Palestin, dan menegaskan status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak Suci Umat Islam,” kata kenyataan itu.

Malaysia juga menegaskan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin serta perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel, sekaligus merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Menurut laporan media, beribu-ribu penduduk Israel mengadakan perarakan bendera pada Ahad untuk menyambut hari penyatuan Baitulmaqdis, iaitu pencerobohan Israel di bandar itu pada 1967.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, lokasi terletaknya kompleks Masjid Al-Aqsa, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980, dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Pertempuran sekitar perarakan bendera tahun lalu membawa kepada serangan 11 hari Israel di Semenanjung Gaza dengan lebih 260 rakyat Palestin terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera. Tiga belas warga Israel turut terbunuh dalam kebakaran di Gaza semasa konflik itu.

Ia serangan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan keganasan dihentikan di bawah gencatan senjata dengan Mesir sebagai perantara. - Bernama

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Politik 20 jam yang lalu

Ada Cubaan Lemahkan Semangat Juang Jentera PH, Guna Surat Layang Sebar Fitnah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin