web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umat Islam Masih Boleh Sambut Aidilfitri Hari Ini!

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 12:35PM

Syawal berakhir hari ini berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari, justeru umat Islam masih boleh meraikan sambutan Aidilfitri, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia masih boleh meraikan sambutan Aidilfitri hari ini berdasarkan kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Jurucakap Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebook rasminya menjelaskan, Syawal berakhir hari ini berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari.

“Semalam, 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawwal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7.32 malam. 

“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah,” katanya.

Justeru katanya, hari ini (31 Mei 2022) adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443H dan 1 Zulqa’dah 1443H ditetapkan pada esok (1 Jun 2022). 

Jabatan tersebut turut memuatnaik info grafik berkenaan hebahan berkenaan.

Sambutan Aidilfitri kali ini agak unik apabila majoriti umat Islam di negara ini dikejutkan dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada 1 Mei lalu.

Menerusi siaran di stesen televisyen tempatan kira-kira pukul 8 malam itu, Syed Danial memaklumkan umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei.

Terdahulu, khabar angin itu sudah kecoh diperkatakan di media sosial apabila seorang individu bernama A Zaharim A Aziz mendakwa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing 5 darjah dan 7 darjah.

“Ini bermakna dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk. 

“Oleh itu, selepas proses pengesanan selesai, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan bahawa 2 Mei 2022 (Isnin) adalah 1 Syawal 1443H, sehari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam kalendar rasmi,” menurut kenyataan individu tersebut, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal tempatan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, proses tersebut telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berautoriti.

Jelasnya, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang telah dipersetujui semua negeri. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan