web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peguam Utama Demam, Kes Pinda Laporan Audit 1MDB Ditangguh Ke Jumaat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 5:08PM

Najib hadir bagi perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosiding bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke hari Jumaat, apabila peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sihat.

Seorang lagi peguam Najib, Rahmat Hazlan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Shafee demam dan sakit tekak.

“Apabila dia (Shafee) hubungi saya pagi ini, suaranya seakan-akan ‘Sean Connery’. Dia belum ke klinik lagi, tapi akan ke sana nanti, dan dia akan hantar sijil cuti sakit (MC) ke mahkamah apabila dia memperolehnya nanti,” kata Rahmat.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang nampak tertarik dengan penerangan Rahmat berkata, Connery bukanlah contoh yang baik kerana pelakon Hollywood itu telah meninggal dunia.

“Saya akan tangguhkan prosiding hari ini dan berharap Tan Sri (Shafee) pulih segera,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata dalam keadaan sedemikian, pihak pendakwaan tidak membantah terhadap penangguhan itu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan Jumaat ini untuk mendengar hujah lisan kedua-dua pihak berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil orang yang dituduh bersama Najib, yakni Arul Kanda, sebagai saksi mereka.

Najib dan Arul Kanda yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB hadir dalam prosiding hari ini.

Menurut jadual asal, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan di bawah Seksyen 63 Akta 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil Arul Kanda bagi memberi keterangan sebagai saksi terhadap tertuduh bersamanya dalam kes itu, Najib.

Seksyen itu menyatakan bahawa dalam keadaan dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang sama ini, mahkamah mungkin memerlukan seorang atau lebih daripada mereka untuk memberikan keterangan sebagai saksi untuk pendakwaan, jika permohonan bertulis dibuat oleh pendakwa raya.

Pada 20 Mei lepas, ketua pihak pendakwaan kes berkenaan Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bahawa Arul Kanda mungkin mempunyai maklumat yang berkaitan dengan urusan dengan Najib, yang akan memberi kesan terhadap keputusan pendakwaan ke atas Najib, yang bekas menteri kewangan.

Najib, 68, bekas Perdana Menteri, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad