web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Agromakan Sasar 600,000 Metrik Tan Jagung Bijian Untuk Makanan Ternakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 3:33PM

Mahdzir berkata inisiatif itu dibentuk bagi membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan pengeluaran 600,000 metrik tan jagung bijian untuk diproses sebagai makanan ternakan untuk 10 tahun akan datang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, inisiatif dikenali sebagai Program Agromakan itu dibentuk bagi membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan.

Menurut beliau, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui ‘kontrak farming’ yang turut melibatkan pekebun kecil.

“Semua pekebun kecil ini akan bekerjasama dengan RISDA untuk pembangunan makanan ternakan yang boleh dilakukan secara besar-besaran, termasuk di tanah pertanian yang terbiar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kementeriannya di sini hari ini.

Mahdzir berkata, kementerian turut berhasrat menggalakkan pekebun kecil untuk meneroka sumber baharu bagi meningkatkan pendapatan.

“Inisiatif ini membabitkan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk menyokong dan memenuhi dasar keperluan agromakan negara, sekali gus menjamin bekalan makanan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penanaman jagung sedang dilaksanakan di Perlis bermula Februari lalu melibatkan 750,000 pokok di atas kawasan seluas 15 hektar.

“Di bawah pengurusan RISDA Agro Sdn Bhd (RASB), 82,200 kilogram jagung bijian boleh dituai Julai nanti,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mahdzir berkata, Program Agromakanan RISDA tahun ini membabitkan 1,000 peserta di seluruh negara dengan jumlah maksimum bantuan RM20,000 bagi setiap seorang.

“Peserta boleh memilih untuk melaksanakan tiga skop projek iaitu Tanaman Jangka Pendek, Tanaman Jangka atau Aktiviti Ternakan.

“Program tersebut boleh dimajukan secara berkumpulan oleh pekebun kecil melibatkan kerjasama Koperasi Pekebun Kecil dan syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings,” katanya.

Sejak dua tahun lalu jelas Mahdzir, kementerian telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM23 juta, membabitkan 56 peratus peserta tanaman jangka pendek, 39 peratus untuk aktiviti ternakan manakala baki lima peratus lagi mengkhusus dalam penanaman jangka panjang.

“Inisiatif ini berupaya memberikan pulangan tinggi kepada peserta dengan melihat kepada permintaan pasaran, penanaman tanaman jangka pendek ketika ini seperti cili, halia, sayuran hijau dan ternakan serta pengeluaran daging lembu segar yang menjadi fokus utama RISDA dan kementerian.

“Kerjasama RISDA bersama Kementerian Pertanian dan Indstri Makanan (MAFI) serta agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memastikan pelaksanaan Program Agromakanan ini selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0),” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

2

Politik 3 tahun yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pekebun Kecil RISDA Boleh Dapat Manfaat Jika Ketum Dibenar Eksport - Mahdzir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad