web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Tidak Rasmi: Rafizi Akhirnya Berjaya Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 11:01PM

Rafizi memperoleh undi majoriti di 12 negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR menyaksikan Rafizi Ramli berjaya mendahului pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dengan kelebihan 18,373 undi.

Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan di laman web PKR setakat jam 10.30 malam, menyaksikan Rafizi kini memperoleh 66,359 undi manakala Saifuddin memperoleh 47,986 undi.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu, turut memperoleh undi majoriti di 12 negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Johor, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan, Terengganu, dan Pulau Pinang, kecuali di Sabah serta Perlis

Hanya Sarawak belum mengumumkan keputusannya setakat ini namun jumlah undian di Sarawak iaitu sekitar 1,990 undi dijangka tidak mampu mempengaruhi undian diperoleh Rafizi

Malah, Saifuddin Nasution menerusi hantaran di Facebook rasminya sudah mengucapkan ucapan tahniah kepada Rafizi di atas kemenangannya itu.

Di Pulau Pinang, Rafizi mendahului tipis dengan 2,989 undi dan tujuh cabang, manakala Saifuddin memperoleh 2,645 serta majoriti di enam cabang.

Manakala di Perak, Rafizi memperoleh kemenangan meyakinkan dengan 6,213 undi dan 21 cabang, manakala Saifuddin mendapat 2,201 undi serta sokongan tiga cabang.

Rafizi turut mendahului di Johor dengan jumlah 3,967 undi dan memenangi 23 daripada 26 cabang, sebaliknya Saifuddin hanya memperoleh 1,117 undi dan tiga cabang.

Bagi Pahang, Rafizi mendahului dengan sangat selesa apabila memperoleh 1,863 undi dan sokongan daripada 13 cabang, manakala Saifuddin menerima 425 undi serta satu cabang.

Rafizi memperoleh 145 cabang, manakala Saifuddin mempunyai 33 cabang.

Saifuddin bagaimanapun ‘mengejar’ undi diperoleh Rafizi walaupun hanya memenangi enam daripada 25 cabang di Sabah.

Kemenangannya itu diperkukuh dengan jurang besar di Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Tawau.

Saifuddin berjaya memperoleh 8,585 undi, manakala Rafizi memperoleh 6,814 undi.

Bagaimanapun, Perlis memihak kepada Rafizi apabila berjaya mendapat 973 undi berbanding pencabarnya yang hanya memperoleh undi 480.

Di Selangor, Rafizi memenangi 13 daripada 22 bahagian, sekali gus memperoleh 25,449 undi berbanding pesaingnya 22,111.

Di Negeri Sembilan, Rafizi berjaya memperoleh tujuh daripada lapan cabang dengan 5,522 undi, lebih dua kali ganda undian diperoleh Saifuddin, iaitu sebanyak 2,559, dengan Saifuddin hanya berjaya memenangi cabang Rasah.

Keputusan itu dilihat sama seperti di Melaka, apabila Rafizi menyapu bersih semua enam cabang dengan 2,427 undi, berbanding 1,464 diperoleh Saifuddin.

Malah, Rafizi turut mencipta sejarah apabila mencapai kemenangan di semua 13 cabang di Wilayah Persekutuan dengan mendapat 3,021 undi berbanding Saifuddin yang memperoleh sebanyak 1,324.

Rafizi juga selesa menguasai 10 daripada 14 cabang di Kelantan dengan 3,107, berbanding 2,107 untuk Saifuddin.

Saifuddin berjaya memenangi empat daripada 15 cabang di Kedah dengan memperoleh 2,724, tetapi masih kurang untuk menyaingi Rafizi dengan 4,846 undi.

Bagi Terengganu, Saifuddin hanya memenangi satu  kerusi daripada lapan cabang dengan hanya mendapat undian sebanyak 791 berbanding Rafizi yang berjaya mengaut sehingga 1,259 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden PKR pula, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat memiliki peluang cerah mengisi kedudukan empat teratas bagi jawatan nombor tiga parti itu. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran